bebadi Ib | kemalangan. | Setakat itulah cerita tentang Talap pada kali ini. Talap yang mati lesi bebadi laya lenyap yang mempelopori endap Pasa Pungkang. Tanjung di Kuala Pasa itu dipanggil Tanjung Pungkang. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sundatang Tb | sejenis alat muzik yang dibuat daripada batang nangka. | Setakat ini saya telah memperkenalkan 19 alat muzik tradisional yang diperbuat daripada bambu kecuali Gandang dan Sundatang. Alat-alat untuk membuat alat ini iaitu batang bambu, kayu nangka, kulit labu, gam asli daripada sarang lebah dan lain-lain adalah bahan-bahan semulajadi yang boleh didapati dengan mudah. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
denjang Ib | sejenis nyanyian pujian terhadap seseorang yang berkedudukan atau berkeistimewaan semasa perayaan adat istiadat. | Semasa gawai ini, upacara pergi ke tanju diadakan sebanyak dua kali. Mantera dibaca hanya setakat mencari tanah, dan diikuti dengan denjang lelaki. Denjang ini adalah sejenis mantera. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lontong II Mr | sejenis racun yang dirumus daripada bisa ular tedung, getah ipuh dan pelbagai bahan lain. | “Kau termakan lontong yang disumbat dalam pisang,” kata bomoh tersebut mengeleng-geleng. Harapan Manasuk untuk sembuh tipis sekali. Setakat ini tiada mangsa lontong yang selamat walaupun bomoh paling hebat dipanggil merawatnya. | Perut Meletup Angkara Lontong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mudur ruroh Ib | sejenis upacara keagamaan bagi gawai burung peringkat kelapan. | Kelapan kali Begawai, gawai ini bernama Gawai Ranyau atau Mudur Ruroh, mana yang lebih disukai oleh orang yang mendirikan gawai. Gawai ini sama dengan Gawai Tusok dan mantera yang digunakan hanyalah setakat kisah menyimpan padi. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gawai tusok, *gawai tusuk* Ib | suatu upacara menusuk dan menjalin semua kepala yang dibawa balik semasa ngayau menjadi satu ikatan kepala sebelum digantung. | Kelapan kali Begawai, gawai ini bernama Gawai Ranyau atau Mudur Ruroh, mana yang lebih disukai oleh orang yang mendirikan gawai. Gawai ini sama dengan Gawai Tusok dan mantera yang digunakan hanyalah setakat kisah menyimpan padi. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |