Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.lu] | سيلو

Definisi : 1. berasa segan, malu, takut-takut: dgn tidak ~-~ lagi, dia mendapatkan orang itu dan memeluknya; 2. berasa sedih (pilu, rawan, dll) hati; 3. tidak senang mendengar (bunyi benda bergeser dll), ngilu; menyilukan 1. = ~ diri berlaku sopan sekali (gadis); 2. memilukan (menyedihkan, merawankan) hati; 3. menimbulkan ngilu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.lu] | سيلو

Definisi : 1 berasa agak malu atau berasa segan-segan: Dgn tidak ~-~ lagi, dia menghampiri gadis itu. 2 berasa sedih hati atau berasa pilu. menyilukan menyebabkan berasa silu atau sedih. ~ diri berperangai sopan sekali; berlaku sopan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
silu (adjektif)
1. Bersinonim dengan segan: malu, aib, takut-takut, segok, janggal, bera, kanyor, wirang,
Berantonim dengan berani

2. Rujuk sedih

3. Rujuk ngilu



Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
karau MSbkeadaan ketawa yang lama sehingga hilang suara.Dia seperti orang karau tidak sedarkan diri tanpa segan-silu menjerit dan memaki hamun sambil terus meronta dan menyumpah seranah terhadap penari wanita itu.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas