Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sim.pai] | سيمڤاي

Definisi : gelang-gelang (lingkar, bingkai) drpd rotan dll utk mengikat penyapu (meneguhkan sarung parang dll): ia berkata sambil mem­betul-betulkan ~ penyapunya; bersimpai diikat dgn simpai; siku ~ ki pemalas; bersimpaikan menggunakan sesuatu atau diikat dsb dgn, sesuatu sbg simpai: sebilah parang panjang ~ rotan; menyimpai memasang (membubuh) simpai; tersimpai 1. telah diikat dgn simpai (penyapu dll); 2. ki terikat dgn ketat dan kemas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sim.pai] | سيمڤاي

Definisi : Mn sj kera, cipai, Semnopithecus melalophos. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sim.pai] | سيمڤاي

Definisi : 1 gelang-gelang drpd rotan dll yg digunakan utk mengikat penyapu lidi dsb. 2 bahagian pd mesin yg digunakan utk melaraskan sesuatu. me­nyimpai memasang simpai; me­ngenakan simpai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simpai (kata nama)
Bersinonim dengan temin, gelang-gelang, bingkai.,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sabang Ibpokok puding; Codiaeum variegatum.Mereka pun mengambil daun sabang dan mengibas Simpai Emas dan dengan kuasa ajaib yang ada pada mereka Simpai Emas pun hidup semula. Mereka pun gembira melihat dia sudah hidup semula.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sikutan TbBakul berbentuk bulat, bermulut bujur, berbingkai kejap dengan ikatan rotan beraut halus, anyaman simpai sembilan, keempat-empat bucu bawahnya pula terhias dengan suji rotan beraut bulat yang terikat pada bilah-bilah penahan dengan ikatan tulang belut.“Kalau saya beli sikutan itu tentu Intang mahu jual, bukan?”SikutanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas