keladi lantang Ib | simpulan bahasa Iban yang bermaksud menjadi tumpuan perhatian khususnya seseorang. | “Berjagalah saudara!” kata Raja Sawa kepada Keling. “Saya nak menikam dengan tombak sangkoh agong agar tertanam seperti keladi lantang. Saya nak melontarkan sangkoh gansai agar tertanam seperti ekor burung kenyalang.” | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tibuku Kd, Mr, Tb | simpulan tali atau rotan yang dibuat sebagai pengganti surat menandakan tarikh hari sesuatu upacara (selalunya perkahwinan), setiap simpulan menandakan satu hari. | Ketua rumah menghantar tibuku atau simpulan rotan ke kampung-kampung. Sesiapa yang menerima simpulan rotan yang memberitahu tarikh menghantar tajau mayat, akan menghantarkannya pula ke kampung lain dan seterusnya. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
simbohong libian Bj Sm | bentuk sanggul rambut. | Rohayu mengerutkan kening, terasa ada angin menghembus dan membelai anak rambutnya yang terungkai daripada simpulan simbohong libian. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |