Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. Ar sebutan kpd wanita yg mulia: S~ Hawa; S~ Fatimah; 2. sebutan kpd anakĀ­anak perempuan yg tinggi martabatnya: malu sangat rasanya aku apabila kuingat sauĀ­daraku tidak laku kpd puteri-puteri dan ~-~ di Padang ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siti I

Puisi
 

Siti Wan Kembang perintah Kelantan,
     Nama termasyhur zaman dahulu;
Baik-baik memilih intan,
     Takut terkena kaca dan batu.


Lihat selanjutnya...(26)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
ocek MSrberjenaka, percakapan yang olok-olok.Dengar saja Abat Ahim mengatakan Kak Siti berkirim salam bunga selasih kepadanya, Pak Udak Hassan terus saja buat kesimpulan sendiri; salam tanda kasihlah itu. Abat Ahim ocek lagi dengan kata-kata: Kak Siti kirim salam bunga mentemu, Pak Udak Hassan terus menyangka malam nanti Kak Siti ajak bertemu!Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lanji Ib, MSrgatal, miang.Kak Siti yang ketika itu sedang syok-syok tidur dan tidak tahu-menahu tentang kedatangan duda senget sebelah yang lanji lagi gila bayang itu, jadi tergegau. Lalu kiak-kaunglah dia menjerit.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kiak-kaung Bd, Ml, MSrterjerit-jerit, terlolong-lolong.Kak Siti yang ketika itu sedang syok-syok tidur dan tidak tahu-menahu tentang kedatangan duda senget sebelah yang lanji lagi gila bayang itu, jadi tergegau. Lalu kiak-kaunglah dia menjerit.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
naik jabar MSrperasaan terlalu marah, naik radang.Tapi Pak Pait mati-mati menuduh ada urusan jual beli dalam hal itu, dan hasil haram itu digunakan oleh Pak Malun untuk berlagak di depan Kak Siti. Manalah tidaknya Pak Malun tak naik jabar. Nasib baik ada Pak Keri Ladun ketika itu; kalau tidak, tentu ada yang berkafan hari itu.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas