tarap MSb | sejenis tumbuhan, buahnya boleh dimakan; Artocarpus incisus. | Sekumpulan burung punai, bercempera lari dari sebatang pohon tarap. | Sitti Ariana | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ulun II Kn, Ml, MSr | hamba, abdi sahaya. | Tidak seperti Karini yang dipelihara oleh Pak Cik Irom yang membuatnya seperti ulun. | Sitti Ariana | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tumpik Bj Sm, Tb | sejenis kapal. | Ya. Bukankah kakak lari dari kapal tumpik yang membawa kakak belayar dari Johor untuk dikahwinkan dengan Sultan Sulu? tanya Karini. | Sitti Ariana | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gabang Bj, Sl, MSb | sejenis alat muzik yang dibuat daripada buluh dan besi. Ia diketuk untuk mengeluarkan bunyi. | Bunyi gesekan biola itu kini diiringi bunyi kulintangan, bebandil dan gabang yang berlenggok-lenggok di udara dan melayah turun, lalu menyapa mesra di copeng telinganya. | Sitti Ariana | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |