timang Ib | nyanyian suci. | Pada waktu subuh salah seorang hantu yang tua jatuh sakit alar. Ia kesejukan. Teman-temannya membawa hantu itu mendekati sebuah dapur bedilang di bahagian ruai. Ia dibaringkan terlentang. Hantu-hantu yang sedang menyanyi-nyanyikan timang bertanya tentang hantu yang berbaring itu. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
alar MSr | sejenis penyakit bengkak di pangkal paha. | Pada waktu subuh salah seorang hantu yang tua jatuh sakit alar. Ia kesejukan. Teman-temannya membawa hantu itu mendekati sebuah dapur bedilang di bahagian ruai. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lumayang Kd Tn | upacara pengubatan. | Selepas ini, iaitu ketika hari sudah hampir subuh, ia pun lalu mengambil sangkuban tadi yang dibuat mengikut bentuk perahu, untuk upacara lumayang, iaitu menghayunnya hingga kira-kira satu jam setengah. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
duwai MSb | ikan bawal. | Berita Pak Suhib yang dikatakan berjaya mendaratkan lebih 50 kilo udang kertas subuh tadi begitu hangat diperkatakan. Begitu juga berita perahu Pak Mail yang senget kerana keberatan membawa ikan duwai setelah merentangkan pukatnya sebanyak tiga sambungan itu. | Teduhlah Hujan Redalah Angin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nawang Ib | perihal tanaman padi yang tidak menjadi kerana terlepas musim menanam. | Kalau kami kelihatan kira-kira waktu subuh, awak mesti membuat kerja huma atau manggul. Kalau kami sudah berada di tepi atau di bingkai langit, awak mesti menugal. Kalau kami sudah melimpasi bingkai langit, bererti padi tidak akan tumbuh di huma itu atau nawang. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sangkuban Kd Tn | sejenis alat berbentuk perahu yang dihayun dalam upacara lumayang. | Selepas ini, iaitu ketika hari sudah hampir subuh, ia pun lalu mengambil sangkuban tadi yang dibuat mengikut bentuk perahu, untuk upacara lumayang, iaitu menghayunnya hingga kira-kira satu jam setengah. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bedilang Ib | sejenis dapur berbingkai empat segi, di dalamnya diisi tanah dan bara api yang digunakan untuk menyalai kepala musuh yang baru dibawa balik dari ngayau. | Pada waktu subuh salah seorang hantu yang tua jatuh sakit alar. Ia kesejukan. Teman-temannya membawa hantu itu mendekati sebuah dapur bedilang di bahagian ruai. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |