timang Ib | nyanyian suci. | Pada waktu subuh salah seorang hantu yang tua jatuh sakit alar. Ia kesejukan. Teman-temannya membawa hantu itu mendekati sebuah dapur bedilang di bahagian ruai. Ia dibaringkan terlentang. Hantu-hantu yang sedang menyanyi-nyanyikan timang bertanya tentang hantu yang berbaring itu. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pengap Ib | nyanyian suci, timang. | Ketua yang bernama Jenua mengetuai pengikutnya mendiami kawasan Sungai Pusa. Sampai hari ini juga penyair lemambang masih menyebut dalam pengap mereka, "Jenua yang mempelopori Pusa hutan ditebang." | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mengap Ib | menyanyikan lagu suci. | Awaklah mengap selepas aku, kata Apai Sabit Bekait kepada Keling, "dan awak membantunya," katanya kepada Laja. "Bolehlah," kata Keling dan Laja, "tetapi macam mana kata-katanya?" "Seni katanya mudah saja," jawab Apai Sabit Bekait. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lemambang Ib | orang yang mahir dalam pelbagai nyanyian suci atau puji-pujian. | Padang dikatakan peneroka awal kawasan Rimbas hilir. Jadi dalam nyanyian pengap pakar lemambang, semasa menyebut ketua-ketua di Rimbas dahulu kala, mereka berkata, "Padang, suami Suyah, korban rebah mati tertumpah, diheret oleh duman ikan tapah yang berjanggut merah emas gempanang." | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
papan turai Ib | papan kayu yang lembut sebagai tempat mencatat (dengan melukis) urutan peristiwa dalam nyanyian suci (pengap dll). | Puisi ini berbentuk tetap dan untuk mengingatinya disediakan tempat mencatat yang disebut ‘papan turai’ yang ditanda dan dapat difahami oleh pencatatnya sendiri sahaja. | Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
berayah Ib | suatu upacara keagamaan berupa gerak tarian sambil mengelilingi sesuatu seperti pokok yang dianggap sebagai suci dengan tujuan mengepalai dewa. | Jengkuan melihat bahawa kepala isterinya ditempatkan dalam nyiru dan diletakkan berdekatan dengan pokok istiadat pun sabang. Orang sedang memasang api untuk membakar bunga-bunga dan garam. Lepas itu mereka melakukan upacara berayah mengelilingi pokok tersebut. Semua yang hadir mesti mengambil bahagian melakukan upacara itu. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |