Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sudah;

Puisi
 

Sudah kapas menjadi benang,
     Sudah benang menjadi kain;
Sudah lepas jangan dikenang,
     Sudah jadi orang lain.


Lihat selanjutnya...(496)
Peribahasa

Sudah terantuk baru tengadah.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah jatuh ditimpa tangga, b. Sudah kalah baru berkubu, c. Sudah kecurian baru mengunci pintu, d. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, e. Sudah lulus maka hendak melantai).

 

Lihat selanjutnya...(357)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
jerak Ib, Ml, MSrserik.Hatta cakap emak kandung sendiri pun Jimbai sudah bosan. Sudah jerak. Kali ini biarlah dirinya sendiri yang menentukan jawapan yang bakal diberikan kepada urusan dirinya sendiri dan dia akan membantah semua perkara yang patut dibantah.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
itok Ib, MSrselalu teringat-ingat akan sesuatu serta menyebut-nyebutnya berulang-ulang kali.Kadang-kadang Pak Karim berasa tindakan Minah itu sudah melampau. Sudah terlalu pengitok sikapnya. Tetapi di sebalik sikap suka itok itu ada juga baiknya. Pak Karim sendiri pun mengakuinya.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
badung Bj Sm, Ir, Tbsejenis senjata seperti parang.Mak Ining tidak boleh duduk diam lagi. Lebih gamat lagi apabila dia mendengar Turagai sudah berhari-hari mengasah badung pusaka ayahnya. Mata badung itu sudah berkilat. Ramai yang beranggapan, Turagai sekarang sudah dirasuk syaitan.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lambaru langit Tbkiasan – sangat jelita.Pabila dia sudah tengok itu barang, dia nampak sudah berbuka. Dia nampak satu manusia, manusia iu parampuan (perempuan). Macam tolor dari lambaru langit (sangat jelita). Langitlah.Membaca Mitos dan Legenda KadazandusunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
rimbak Ib, MSrhutan yang ditebang untuk dijadikan huma.Kau tahu Rentap? Sudah bertahun-tahun kita hidup begini. Sudah puluhan ekar tanah kita rimbak, kini kau nak hapuskan adat kita. Kita tak pernah pun mati tak makan. Begitu lancang Kibong menyuarakan sanggahannya.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
melasik MSrmembersihkan rumput-rumput/semak, babat.Selalunya waktu matahari sudah hampir-hampir tegak di atas kepala begini, Bidin dengan senang sudah dapat melasik tujuh atau lapan pokok kelapanya. Tetapi hari ini, jangankan tujuh batang, empat batang pun dia belum terlasik lagi.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ubi abok, *ubi abuk* Ibubi keledek.“Oh, mereka ini sudah mulai menggali ubi abok,” kata gadis-gadis, menyindir Angap dan Senurok yang sudah mulai mabuk.Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
Bobohizan Kd Pnpakar upacara keagamaan.Orang kampung sudah pun mengikat babi jantan itu ke tempat menjampi. Bobohizan yang ditugaskan untuk memulakan upacara pemujaan itu sudah bersedia.Nur EtikaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
hantu sebayan, *antu sebayan* Ibroh orang yang sudah meninggal.Orang-orang itu adalah hantu Sebayan yang hendak menghadiri gawai di Rumah Jarup tetapi sesat kerana Rumah Jarup sudah berubah menjadi batu.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mangasok Kd, Mrmenugal.Dan ah! Mangasok yang melepuhkan tapak tanganku itu sebetulnya sudah lama beres. Cambah dari benih padi Abang di huma itu sudah melebihi buku lali sekarang.‘Sekilas...’Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
12345678910...

Kembali ke atas