sudap, *sulap* Kd, MSb | dangau, pondok. | “Enandakan, kau tidak turun ke?” Edinya melaung dari arah belakang sudap. Dalam keadaan separuh sedar, Enandakan mencapai botol dan meneguk sebelum melangkah ke sawah. Matahari masih terik dan Enandakan semakin lemas dalam denyut nafas yang kian lemah. | Serpihan Musim | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sulap samang Mr | pondok tempat menyimpan tajau yg berisi mayat bagi kaum Murut. | Petang itu, hujan renyai-renyai mengiringi keberangkatan jasad seorang pejuang untuk disemadikan dalam sulap samang, makam keluarga yang dihias dengan ukiran kayu yang utuh dan dicat dengan warna-warni yang cantik. | Lansaran | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nadau Kd Lt | matahari. | Selesai membina sulap, tentagas yang menentukan upacara menawa do rasam itu akan menentukan pula hari upacaranya. Kemudian para tentagas pun memanggil sesiapa yang ada menyimpan butia nadau, untuk kegunaan upacara itu. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tentagas, *tantagas* Kd Lt | pemimpin upacara keagamaan. | Selesai membina sulap, tentagas yang menentukan upacara menawa do rasam itu akan menentukan pula hari upacaranya. Kemudian para tentagas pun memanggil sesiapa yang ada menyimpan butia nadau, untuk kegunaan upacara itu. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
menawa do rasam Kd | memohon hujan. | Abon Munggit memerhati kegiatan di halaman rumahnya. Esok akan bermulalah upacara menawa do rasam. Beberapa orang lelaki sedang mendirikan sulap di tebing sungai sebagai tempat melakukan upacara. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
angkob | bekas besar untuk menyimpan padi diperbuat daripada kulit kayu. | 1. Bekas berbentuk silinder dari kulit kayu yang disimpan di loteng rumah (tilud). Selepas dimasukkan ke dalam karung, padi ini kemudian disimpan dalam sebuah pondok kecil di tepi sawah yang dipanggil sulap untuk beberapa ketika sebelum dipindahkan ke rumah untuk disimpan di bekas besar yang dipanggil angkob. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |