Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = sulapan permainan silap mata, sunglap; tukang ~ orang yg bermain sulap; main ~ = bermain ~ memberi pertunjukan silap mata; bersulap main sulap; menyulap 1. bermain sulap, bermain silap mata; 2. ki, bp menggelapkan (wang dll), menyelewengkan: ~ gaji pekerja; 3. ki, bp memalsukan (surat dll); 4. ki, bp mengubah dgn cepat (keadaan yg buruk menjadi baik dll); penyulapan perihal menyulap; penyulap orang yg menyulap, pemain silap mata, tukang sulap; sunglap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sulap
Kata Terbitan : bersulap, menyulap, penyulap,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sulap samang Mrpondok tempat menyimpan tajau yg berisi mayat bagi kaum Murut.Petang itu, hujan renyai-renyai mengiringi keberangkatan jasad seorang pejuang untuk disemadikan dalam sulap samang, makam keluarga yang dihias dengan ukiran kayu yang utuh dan dicat dengan warna-warni yang cantik.LansaranGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sudap, *sulap* Kd, MSbdangau, pondok.“Enandakan, kau tidak turun ke?” Edinya melaung dari arah belakang sudap. Dalam keadaan separuh sedar, Enandakan mencapai botol dan meneguk sebelum melangkah ke sawah. Matahari masih terik dan Enandakan semakin lemas dalam denyut nafas yang kian lemah.Serpihan MusimGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nadau Kd Ltmatahari.Selesai membina sulap, tentagas yang menentukan upacara menawa do rasam itu akan menentukan pula hari upacaranya. Kemudian para tentagas pun memanggil sesiapa yang ada menyimpan butia nadau, untuk kegunaan upacara itu.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tentagas, *tantagas* Kd Ltpemimpin upacara keagamaan.Selesai membina sulap, tentagas yang menentukan upacara menawa do rasam itu akan menentukan pula hari upacaranya. Kemudian para tentagas pun memanggil sesiapa yang ada menyimpan butia nadau, untuk kegunaan upacara itu.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
menawa do rasam Kdmemohon hujan.Abon Munggit memerhati kegiatan di halaman rumahnya. Esok akan bermulalah upacara menawa do rasam. Beberapa orang lelaki sedang mendirikan sulap di tebing sungai sebagai tempat melakukan upacara.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
angkobbekas besar untuk menyimpan padi diperbuat daripada kulit kayu.1. Bekas berbentuk silinder dari kulit kayu yang disimpan di loteng rumah (tilud). Selepas dimasukkan ke dalam karung, padi ini kemudian disimpan dalam sebuah pondok kecil di tepi sawah yang dipanggil sulap untuk beberapa ketika sebelum dipindahkan ke rumah untuk disimpan di bekas besar yang dipanggil angkob.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas