Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.lu/] | سلوک

Definisi : 1. jalan ke arah atau utk mencapai kesempurnaan batin, mistik, tarekat, tasawuf; ilmu ~ ilmu utk mencapai kesempurnaan batin, ilmu tasawuf; ahli ~ ahli tasawuf; 2. peng­asingan diri, khalwat; masuk ~ = bersuluk; bersuluk mengasingkan diri, berkhalwat (utk bertafakur, menenangkan fikiran, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.lu/] | سلوک

Definisi : Jw sj nyanyian (dlm pertunjukan wayang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.lu/] | سلوک

Definisi : suku kaum peribumi yg tinggal di pesisiran pantai timur Sabah, terutamanya di daerah Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan Semporna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.lu/] | سلوک

Definisi : jalan mencapai kesempurnaan batin (dgn mengasingkan diri, beramal ibadat dan berzikir): ilmu ~ ilmu tasawuf. masuk ~, = bersuluk mengasingkan diri dgn beramal ibadat dan berzikir (utk mencapai kesempurnaan batin). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suluk (kata nama)
Bersinonim dengan mistik, tasawuf, tarekat.,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
ubar suluk Bj, Slsejenis pohon kayu bakauLepa selalunya diperbuat daripada kayu serayan merah atau ‘ubar suluk’ dalam bahasa Bajau serta kayu ubal yang digunakan di bahagian depan sebelah bawah.www.berita Harian. com.myGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kedatuan Bj, Ir, Slgelaran bagi golongan bangsawan suku kaum Suluk dan Iranun.Apu anak tunggal. Anak kesayangan. Orang tua Apu memang orang senang dan disegani di daerah itu. Orang kedatuan.Pulut Kuning Daging RendangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
daling-daling Bj, Slsejenis tarian tradisi suku kaum Bajau dan Suluk.Mata Omar terus melotot menatap bibir Saire yang lincah berhujah seperti mengucapkan bait-bait puisi. Tahi lalat di bibir bawahnya cukup membuktikan kefasihannya berbicara. Melihat gerakan tangannya seperti terbayangkan Saire menari daling-daling di hadapannya.Sejambak Bunga EmasGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
anangbai Slpantun dalam tarian daling-daling.Pantun-pantun yang dilapalkan itu dinamakan Anangbai dalam bahasa Suluk atau dalam bahasa Bajau.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kayu ubal Bj Smsejenis pokok kayu yang kulitnya dijadikan pewarna (merah tua).Lepa selalunya diperbuat daripada kayu serayan merah atau ‘ubar suluk’ dalam bahasa Bajau serta kayu ubal yang digunakan di bahagian depan sebelah bawah.www.berita Harian.com.myGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tambur Bj, Slsejenis gendang besar.Pada umumnya tarian ini ditarikan dengan iringan muzik kulintangan yang berjumlah sembilan biji, dua gong dan sebiji tambur atau ‘tambul’ dalam pengertian suku kaum yang memiliki tarian Tabawan.Tarian kaum Suluk diminati ramaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tambul Bj, Slsejenis gendang besar.Pada umumnya tarian ini ditarikan dengan iringan muzik kulintangan yang berjumlah sembilan biji, dua gong dan sebiji tambur atau ‘tambul’ dalam pengertian suku kaum yang memiliki tarian Tabawan.Tarian kaum Suluk diminati ramaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tumbon Bj, Slbaju yang dipakai oleh penari lelaki sewaktu menarikan Tarian Tabawan.Pakaian bagi penari lelaki dinamakan kantiyu bagi seluar, tumbon bagi baju dan di kepalanya memakai tanjak. Manakala kaum wanita pula berbajukan alal bimbang dan terdapat mahkota di kepalanya.Tarian kaum Suluk diminati ramaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
alal bimbang Slbaju yang dipakai oleh penari wanita sewaktu menarikan Tarian Tabawan seperti kebaya pendek.Pakaian bagi penari lelaki dinamakan kantiyu bagi seluar, tumbon bagi baju dan di kepalanya memakai tanjak. Manakala kaum wanita pula berbajukan alal bimbang dan terdapat mahkota di kepalanya.Tarian Kaum Suluk Diminati RamaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tabawan Bj, Slsejenis tarian yang ditarikan dengan iringan muzik kulitangan yang berjumlah sembilan biji, dua gong dan sebiji tambur atau “tambul” dalam pengertian suku kaum yang memiliki tarian Tabawan.Oleh sebab Tarian Tabawan amat menarik perhatian rakyat Sabah, maka tarian berkenaan merupakan acara yang harus dipersembahkan pada acara-acara majlis keramaian seperti perkahwinan, menyambut ketibaan orang kenamaan dan sebagainya.Tarian kaum Suluk diminati ramaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12

Kembali ke atas