Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sung.guh.sung.guh] | سوڠݢوه٢

Definisi : tidak main-main, dgn segenap hati, dgn tekun: kelemahan inilah yg harus diketahui, yg harus dicari sungguh-sungguh jika ia mahu berjaya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sung.guh.sung.guh] | سوڠݢوه٢

Definisi : tidak main-main; dgn segenap hati; dgn tekun: Belajarlah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sungguh-sungguh

Puisi
 

Ogah-ogah di dalam bandul,
     Batang kelapa dalam padinya;
Sungguh-sungguh tiada padul,
     Manakan lupa dalam hatinya.


Lihat selanjutnya...(188)
Peribahasa

Sungguh kawat yang dibentuk,
     ikan ditebat yang diadang.

Bermaksud :

Tipu muslihat yang tersembunyi untuk mencari keuntungan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
gaguk, *aguk* Ibkurang cerdik.Semacam orang gaguk, ia menguit rakan di sebelahnya. Rakan itu arif dengan kuitan. Apa yang patut dibuat, telah dirundingkan sebelumnya. Bincang yang sungguh-sungguh.Antologi Cerpen HatiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
remaung Ibharimau.Sungguh sayang anak harimau remaung kepunyaan saya itu telah mati, Tidak ada lagi raungan negong di kemuncak gunung.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
negong, *negung* Ibngauman (harimau).Sungguh sayang anak harimau remaung kepunyaan saya itu telah mati, Tidak ada lagi raungan negong di kemuncak gunung.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
luntang Ibpotong/kerat.“Cantik sungguh rupanya gadis itu, mukanya menyerupai bulan yang mengambang, mata menyerupai biji manik yang jernih, pinggang ramping kelihatan ringan seperti empulur tekalong luntang, jarinya lancip seperti pucuk lia jerenang.” Keling memikir-mikirkan tentang apa yang harus dia lakukan.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
antap MSrmelampau, berhabis-habisan.Celaka manuk! Antap sungguh kenenan Kassim. Terhenyak Bidin mendengarnya. Hendak ditolak, walhalnya benar. Hendak tak hendak, terpaksa juga Bidin mengekek mengiringi ketawa rakannya yang memang terkenal penyakat itu.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tambawai, *tembawai* Ibkawasan bekas tapak rumah.“Wah, lebat sungguh rambutan ini berbuah, kalau tak salah ingat saya, rambutan ini kami yang punya,” kata Meluda. “Tambawai ini kepunyaan ayah, dan ini pinangnya yang tiga pokok itu. Benarlah ini.”Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kelam Ibsejenis manik.Amboi, cantik betul kelam tembaga ini! Sungguh cantik tempat ini, kata Manang Engkejuang.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sandau hari Ibmajlis keramaian bagi menandakan kegembiraan, diadakan pada siang hari sahaja.Bapa mentuanya sungguh gembira menyambut ketibaannya itu. Mereka pun terus mengadakan upacara ‘sandau hari’ untuk menandakan kegembiraan.Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nabau Ibular sawa yang sangat besar.Tidak ada lagi raungan negong di kemuncak gunung. Sungguh sayang ular sawa nabau likau kepunyaan saya itu telah mati. Tidak ada lagi jejak ngeranau di tepi langit."JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
likau Ibcorak pada kulit ular sawa.Tidak ada lagi raungan negong di kemuncak gunung. Sungguh sayang ular sawa nabau likau kepunyaan saya itu telah mati. Tidak ada lagi jejak ngeranau di tepi langit."JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12

Kembali ke atas