amavas Mr Tl | upacara ini dilakukan untuk mententeramkan semangat dan menghalau perosak-perosak padi supaya petani mendapat hasil tuaian yang baik. | Apabila sahaja padi mula menguning, seorang spesialis upacara amal, biasanya seorang lelaki tua, dipanggil untuk melakukan satu upacara amal, amavas, di petak padi. Upacara ini dilakukan untuk mententeramkan semangat dan menghalau perosak-perosak padi supaya petani mendapat hasil tuaian yang baik. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
balang Ib | gagal. | Dia menasihatkan Sampar supaya berlaku baik dengan pengikut-pengikutnya. Kalau tidak, kayau yang diketuainya akan gagal atau balang. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngebat Ib | mengikat bahagian-bahagian benang yang hendak dicelup supaya kekal warna asal bahagian yang diikat itu. | Proses berikutnya dipanggil ngebat (mengikat bahagian-bahagian benang yang hendak diwarnakan dengan warna-warna tertentu setelah benang itu disusun dengan cara yang teratur). Setelah dikebat atau diikat barulah benang itu disepuhkan ke dalam dulang yang mengandungi air mengkudu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kaul Ml | suatu upacara untuk menjamu roh laut dan sungai supaya banyak ikan diperolehi. | Pesta Kaul adalah pesta orang Melanau seperti Pesta Gawai bagi orang Dayak. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jelatung Ib, Ml, MSr | tempat mandi di sungai, yang dibina khas, supaya tidak ditenggelami air ketika air pasang naik. | Keling tiba di tanah huma tinggal orang lain. Temuda itu terletak berdekatan sebuah tasik yang besar. Kelihatan seorang perempuan di atas jelatung di seberang, perempuan itu sedang mandi. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
puputan Bj | sejenis alat (dalam bengkel besi) yang digunakan untuk meniup api supaya nyala berterusan. | Tangannya terus sahaja mengayun puputan ke bawah dan ke atas, berselang-seli ke kiri dan ke kanan untuk memastikan arang yang digunakan untuk memijarkan besi itu terus membara. | Pendayan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kinoringan Kd | Tuhan pencipta. | Tetagas tidak dipanggil untuk memohon kepada Kinoringan supaya menurunkan hujan bagi menyelamatkan umat manusia. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tajau MSb | sejenis tempayan. | Semua haiwan buruan itu, dijeruk dalam tajau atau disalai supaya tahan lama. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lalau Ib | kayu atau buluh yang dibuat pada tangga atau titi sebagai tempat pemegang supaya tidak jatuh. | Saya minta pinang yang akan dibelah itu berbunga dan, oleh kerana saya ini datang dari tempat yang jauh, saya mesti minta bedil sebagai titian, sumpitan untuk lalau atau kayu pemegang dan pinggan untuk pergigian titian itu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gunsahau Kd KB | sejenis roh jahat. | 8. Gunsahau – Suka memfitnah, memeras dan mengugut, supaya diberi sajian korban binatang. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |