Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.sah] | سوسه

Definisi : 1. perasaan tidak puas hati (kerana sukar, sulit, dll), perasaan tidak senang: pekerjaan makan gaji itu memang ~ pd mulanya, tetapi kalau sudah biasa kelak menjadi senang; 2. tidak mudah (mendapat, mencari, dll sesuatu), sukar, sulit: masa itu memang ~ hendak membeli kain baju, kalau adapun harganya mahal-mahal; 3. = ~ hati tidak senang hati, sedih hati, dukacita: jangan ~, nanti ia akan kembali lagi; 4. serba kekurangan, miskin, papa: ~ dan senang kehidupan kaum ke­luarga, tidaklah menjadi penghalang kpd budak-budak itu bersuka ria; 5. kesukaran, kesulitan: adalah suatu ~ kepadaku sebab tidak tahu bahasa Hindustan itu; bersusah 1. = ~ payah = bersusah-susah melakukan sesuatu dgn susah payah, berpenat lelah (mengerjakan sesuatu): Presiden Jamal Abdul Nasir telah ~ payah benar mem­beritahu dunia luar bahawa dunia Arab ber­satu dlm hal itu; 2. = ~ hati berasa susah hati, berdukacita: dia berharap mak cik tidak akan ~ lagi; menyusahi menjadikan (mendatangkan) su­sah, mengganggui: tak usah disusahi aku, bukannya apa-apa, aku cuma pening sahaja sedikit; menyusahkan 1. menjadikan (seseorang) susah, menyukarkan, menyulitkan: aku tidak ada kerja dan itulah yg ~ aku; kanak-kanak kecil tidak perlu disusahkan dgn pengajaran penggunaan imbuhan yg kompleks; 2. men­jadikan susah (sedih, risau, dll), mendukacita­kan, merisaukan: tak usah menangis, apa pula yg disusahkan; mempersusah menjadikan lebih susah: jangan dibiarkan hati tersandung duka, jangan fikiran dipersusah; kesusahan 1. perihal susah, kesengsaraan, kesukaran, kesulitan: separuh drpd ~ yg dihadapi oleh manusia ialah ~ mencari makanan; 2. menanggung susah, kepayahan: janganlah kamu biarkan pd masa ia dlm ~ atau keuzuran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.sah] | سوسه

Definisi : 1 rasa tidak puas hati kerana mengalami kesulitan dll; rasa tidak senang: Jika anakanda ~ tinggal di bandar, pulanglah ke kampung. ~ hati tidak senang hati; sedih; dukacita. 2 tidak mudah melakukannya (mendapatkan­nya; men­­carinya dll); sukar; sulit: Latihan yg dijalani itu amat ~ dan berat. ~ payah berbagai-bagai kesulitan atau kesukaran. 3 serba kekurangan; mis­kin; papa: Kita hendaklah menolong orang-orang yg ~. bersusah melakukan sesuatu dgn susah payah; berpenat lelah mengerjakan sesuatu: Tak usahlah kamu ~ menolong kami. ~ hati berasa susah hati; berdukacita. menyusahkan 1 menyebabkan menjadi susah; me­nyukarkan; menyulitkan: Aku lebih suka hidup sendiri kerana aku tidak mahu ~ kedua-dua ibu bapaku lagi. 2 menyebabkan berasa susah hati; mendukacitakan; menyedihkan: Jika ada sesuatu yg ~ adinda, ceritakanlah kpd kakanda. kesusahan 1 keadaan susah; sesuatu yg susah; kesukaran; kesulitan: Sesiapa yg mengembara ke sana akan mengalami berbagai-bagai ~ dan bahaya. 2 menanggung atau menderita susah: Dlm musim kemarau yg berpanjangan, ramai yg ~ dlm mengharung hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susah (adjektif)
1. Bersinonim dengan sukar: payah, rumit, sulit,

2. Bersinonim dengan jarang ada: sukar terdapat

3. Bersinonim dengan miskin: papa, daif, melarat, serba kekurangan,

Kata Terbitan : bersusah-susah, menyusahkan, kesusahan,

Puisi
 

Tetaklah nipah bersusun nipah,
     Buluh muda pancung sekali;
Duduklah susah berdiri susah,
     Badanku muda langsung sekali.


Lihat selanjutnya...(49)
Peribahasa

Hendaklah seperti tembikar,
     pecah satu pecah semuanya.

Bermaksud :

Hendaklah hidup dalam muafakat; senang sama-sama senang, susah sama-sama susah.

 

Lihat selanjutnya...(62)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
madi Ibmencari padi.Aku ni baru saja pulang dari madi, mencari nasi. Kalau kau susah sangat bererti samalah kita ni, kata petara Unying. "Pergilah ke rumah Sengalang Burung. Aku pun baru balik dari sana. Kalau kau keletihan serta lapar, makanlah dulu," katanya lagi.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
longgar mata udang, *gerah mata udang* Ibperibahasa Iban yang bermakna sesuatu yang dilihat pada luarannya mudah, tetapi pada hakikatnya susah.“Itu rupanya jawapan Bunga Eni. Kenyataan begitulah yang boleh disebut longgar mata udang. Mata udang kelihatan tidak begitu tegap. Jika dipegang ia bergoyang-goyang tetapi jika hendak dicabut, tidak juga mudah,” kata Keling menuding ke arah Laja.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kain kebat Ibsejenis kain yang dihasilkan melalui teknik ikat.“Apa yang kauberi saya terima sajalah, kerana kami ini dalam keadaan yang sangat susah.” Indai Jebua lalu memberinya kain kebat iaitu kain tenun yang baik, diberinya juga baju yang cantik dan barang lain yang cantik-cantik.Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
temasu MSbtembusu; Fagraea fragrans.“Tidak jauh lagi, saudari. Selepas pokok temasu yang tinggi di depan tu, kita akan sampai di rumahnya. Rumahnya di tepi jalan, tak susah dicari,” kataku sambil memindahkan beg pakaiannya ke bahuku sebelah kiri. Wah, beratnya sudah hampir-hampir sepikul kurasa.Dugaan TerakhirGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
piau Mlbarang kepunyaan si mati atau pemberian orang yang dihantar ke kubur semasa pengkebumian (contohnya pinggan mangkuk kepunyaan si mati). Ia sama ada dikuburkan bersama atau diletakkan di atas kubur.Meligun, barang tu susah sikit, Lam. Kau pun tahu itu piau yang paling berharga.Dia cuba menerangkan pada Salam. "Ini pun terlanjur saya jumpa semasa saya tolong menggali dua hari lepas." Dia menerangkan keadaan dia terjumpa selepak itu.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas