menyuan Tb | pembacaan mentera yang dilakukan sebelum padi bukit ditanam, biasanya dilakukan oleh bobolian. | Kita ada adat menyuan. Ada adapt monomparoi. Pak cik tahu, kalau tanaman padi dua kali setahun dibuat, alamat adat-adat kita akan lenyap, ujar Sunan membenarkan kata-kata Turagai tadi. "Dia memang berhajat mahu membelakangkan adat-adat kita, pak cik." | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pureh, *purih* Ib, Ml, MSr | keturunan. | Biarlah Rina menjadi golongan terpelajar yang mempunyai nilai dan pandangan hidup yang sempurna. Yang dapat menjadi ibu kepada anak-anaknya yang beradat dan mengenali erti kehidupan yang sebenarnya. Biarlah pureh yang dilahirkan oleh Rina nanti tahu menilai adat nenek moyangnya yang baik dan murni. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rimbak Ib, MSr | hutan yang ditebang untuk dijadikan huma. | Kau tahu Rentap? Sudah bertahun-tahun kita hidup begini. Sudah puluhan ekar tanah kita rimbak, kini kau nak hapuskan adat kita. Kita tak pernah pun mati tak makan. Begitu lancang Kibong menyuarakan sanggahannya. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |