Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.jam] | تاجم

Definisi : 1. mudah memotong (mengerat, menghiris, melukai), mudah makan (pisau dll), lwn tumpul: parang yg ~; 2. runcing hujung­nya, lancip: paku yg ~; 3. dapat melihat (men­dengar, merasai, dll) dgn cepat atau dgn cekap: dgn menggunakan pendengarannya yg ~ sbg orang gunung, Rijnhaard dapat meng­gesek biola spt bapanya itu; 4. mudah me­nang­kap atau mengerti (akal, fikiran), pin­tar, cerdik: ~ juga otak budak sekolah menen­gah ini; 5. kelihatan garang atau galak (pan­dangan, air muka): ia memerhati dgn pan­dangan yg ~; 6. keras atau pedas (kritikan, teguran, sindiran, dll): walaupun mulut Mak Siti itu ~ dan perkataannya pedas-pedas, hatinya baik juga; 7. boleh menyakiti (sabun, asap, asid, dll), dapat melukai: walaupun matanya tertutup oleh asap itu tiada sekali juga dikejapkannya, seakan-akan tidak pedih rasanya kena asap yg ~ itu; 8. menjadi genting, memuncak: pertelingkahan antara mereka semakin hari semakin ~; 9. kuat, ber­pengaruh: budi bahasa yg baik ialah satu drpd daya penarik yg ~ bagi pekedai; 10. jelas, ketara: ketidaksamaan taraf sosio­ekonomi akan memperlihatkan perbezaan yg ~ antara sektor; ~ akal = ~ fikiran pintar, cerdik; ~ mata lekas dapat melihat; ~ mulut suka mengeluar­kan kata-kata yg pedas; ~ pendengaran lekas dapat mendengar; berapakah ~ pisau parang ~ lagi mulut ma­nu­sia = keris lembing (pedang) tiada ~, ~ lagi lidah (mulut) manusia prb, kata-kata atau percakapan lebih menyakiti hati orang drpd dilukai dgn senjata tajam; yg ~ tumpul, yg bisa tawar prb, Mn a) kerana berkat ubat atau doa penyakit sembuh; b) kerana per­cakapan yg manis sengketa hilang; menajam menjadi tajam: keningnya ber­kerut dan cemas ~ matanya memandang kpd gadis di sisinya itu; menajamkan menjadikan tajam: pensel itu mesti ditajamkan; dia ~ telinga mendengar-dengar ke tengah rumah dan ke dapur; mempertajam menjadikan lebih tajam: pemakaian bahasa setiap hari dgn sendiri­nya akan ~ perasaan kita terhadap bahasa yg kita pakai; pembacaan yg luas dan men­dalam pasti berfungsi ~ pemikiran; ~ san­ding ki membesarkan perselisihan; adakah duri dipertajam prb a) orang yg cerdik tidak perlu diberi nasihat lagi; b) musuh tidak perlu diberi pertolongan; ketajaman hal atau sifat tajam: ia ber­tambah kagum dan ghairah memikirkan ~ otak gadis itu; penajaman perihal (proses, perbuatan dsb) menajamkan: ~ mata pisau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.jam] | تاجم

Definisi : ~ damak sj tumbuhan (pokok), cenderai gajah, damak-damak bulu, Grewia latifolia; ~ molek sj tumbuhan (pokok), takam molek, karaes, Baccaurea brevipes. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.jam] | تاجم

Definisi : 1 dpt memotong (menghiris, mengerat dll) dgn mudah; mudah makan (bkn pisau dll): Pisau itu ~. 2 runcing hujungnya; lancip: paku yg ~. 3 dpt mengerti dgn cepat; cerdik; pintar: ~ juga otak budak itu. 4 keras atau pedas (bkn perkataan, kritik dll): Kritiknya sangat ~. 5 kelihatan galak atau garang (bkn pandangan dll): Pandangannya yg ~ menakutkan kanak-kanak itu. 6 dpt melukai atau dpt menyakitkan secara kimia (bkn sabun, asid dll). 7 lekas atau mudah dpt melihat, mendengar dll: haiwan yg ~ pendengarannya. ~ akal cerdik; pandai. ~ mata lekas dpt melihat sesuatu. ~ mulut suka mengeluarkan kata-kata yg pedas. menajamkan menjadikan tajam (bkn pisau, parang dll); mengasah supaya tajam. mempertajam menjadikan lebih tajam. ketajaman keadaan atau sifat tajam: ~ pisau; ~ fikiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tajam (adjektif)
1. Bersinonim dengan mudah memotong: mudah mengerat, mudah menghiris, mudah makan,
Berantonim dengan tumpul

2. Bersinonim dengan runcing: lancip, cerucup, tuding,
Berantonim dengan pepat

3. Dalam konteks kata-kata
bersinonim dengan keras, pedas, menyakiti hati, menyembilu, bisa, menghiris perasaan, bersanding,
Berantonim dengan lunak

Kata Terbitan : menajamkan, ketajaman,

Puisi
 

Tajam sungguh si buluh gadung,
     Hendaklah ikat bersama tali;
Hancur luluh tulang dan daging,
     Namun kulupa tidak sekali.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Tajam pisau kerana diasah.

Bermaksud :

Jadi pintar (berani) kerana selalu diajar (diasuh).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
empasan Ibsejenis rumput yang tinggi; daun tajam dan batang berbentuk segi tiga.Dibantunnya pucuk empasan dan diselitkan pada lipatan kain penutup kepalanya.Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
susuput Kdsejenis alat yang diperbuat daripada besi yang mempunyai hujung yang tajam. Ia digunakan sebagai penebuk lubang.Untuk menebuk lubang, kita gunakan susuput yang tirus. Jarak antara lubang bagi turali dalam ukuran ini ialah tujuh sentimeter.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ilang Isejenis pedang.Ilang - iaitu sejenis keris panjang yang diperbuat daripada besi pilihan, matanya tajam berkilat. Ulu keris ini diperbuat daripada gading gajah yang dibentuk dengan ukiran-ukiran yang cantik. Di bahagian belakang mata keris ini dihiasi dengan bulu atau rambut manusia yang berumbai-rumbai.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nyimbang Ibcara memotong atau mencantas secara menyerong.Mereka mengasah dengan kuatnya sehingga kedengaran seakan-akan orang memotong duri-duri pokok manding tajam nyimbang, mengasah secara menekan sehingga kedengaran seakan-akan bunyi ombak menghempas mendahului pasang, mengasah dengan kerasnya sehingga kedengaran seakan-akan orang mencantas tangkai buah jejabai randang.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mokilolodukon Kd KBsejenis roh jahat.24. Pomiyak-biuk atau mokilolodukon- Selalu memasukkan diri ke dalam diri orang yang bekerja menggunakan benda tajam.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pomiyak-biuk Kd KBsejenis roh jahat.24. Pomiyak-biuk atau mokilolodukon – Selalu memasukkan diri ke dalam diri orang yang bekerja menggunakan benda tajam.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
manding Ibsejenis pokok yang batangnya keras dan berduri pada pangkalnya.Mereka mengasah dengan kuatnya sehingga kedengaran seakan-akan orang memotong duri-duri pokok manding tajam nyimbang, mengasah secara menekan sehingga kedengaran seakan-akan bunyi ombak menghempas mendahului pasang, mengasah dengan kerasnya sehingga kedengaran seakan-akan orang mencantas tangkai buah jejabai randang.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
randang Ibjulukan yang memberi makna simbolik bagi seseorang yang memulakan sesuatu, perintis.Mereka mengasah dengan kuatnya sehingga kedengaran seakan-akan orang memotong duri-duri pokok manding tajam nyimbang, mengasah secara menekan sehingga kedengaran seakan-akan bunyi ombak menghempas mendahului pasang, mengasah dengan kerasnya sehingga kedengaran seakan-akan orang mencantas tangkai buah jejabai randang.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
temilah Ibbekas yang diperbuat daripada ruas buluh tua dan diikat pada pinggang si pemburu untuk menyimpan anak panah.Maka pagi itu mereka awal-awal bersedia, Diambil mereka damak sungguh tajam matanya. Disimpan dalam temilah diperbuat daripada buluh lalang.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nyabur Ibsejenis parang panjang yang biasanya digunakan untuk ngayau.Keling mengikatkan parang nyabur chudor yang biasa menumpahkan semburan darah lang di pinggangnya. Dia juga membawa parang nyabur lama yang begitu tajam sehingga boleh memutuskan tulang.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12

Kembali ke atas