Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[taq.dir] | تقدير

Definisi : = ~ Allah = takdirullah sesuatu yg ditentu­kan oleh Allah terlebih dahulu, penen­tuan drpd Allah, qadak: suratan ~ di tangan Tuhan; 2. ki untung nasib: jangan berpeluk tubuh sahaja menyerahkan diri kpd ~; 3. = ~nya jikalaulah, seandainya, sekiranya: ~nya terjadi apa-apa kpd diri abang, kpd siapa kami akan bergantung; 4. kalau... pun, meski... pun: ~ pun kita tidak membelinya, orang lain akan membelinya; mentakdirkan menentukan lebih dahulu (oleh Allah), memutuskan lebih dahulu: dia telah ditakdirkan mati dgn cara yg dahsyat;ketakdiran perihal ditakdirkan (ditentukan), ketentuan (nasib dll): sesuatu ~ tiada datang dgn tiba-tiba, tetapi ada garis yg dilaluinya; yg ada sekarang ini, menurut fikiranku ialah buatan orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[taq.dir] | تقدير

Definisi : , = ~ Allah apa-apa yg sudah terlebih dahulu ditentukan oleh Allah. takdirnya sekiranya; seandai­nya: ~ dia ditimpa kemalangan, tentu ke­luarga­nya akan mendapat kesusahan. mentakdir­kan menentukan terlebih dahulu (oleh Allah): Allah Yg Maha Kuasa telah ~ kita begini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takdir (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan nasib, untung nasib, ketentuan, qada dan qadar, bahagian, hak, rezeki, suratan, bintang, tuah, habuan, ganjaran;,
Kata Terbitan : takdirnya, mentakdirkan,

Puisi
 

Naik ke bukit bekerja daya,
     Tempat orang menggaji kayu;
Untung nasib takdir saya,
     Bunga kembang menjadi layu.


Lihat selanjutnya...(5)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
retak badan Mltakdir, ketentuan, selalunya disebut retak badan.Dan ternyata Kamalina perlu ditolong. Perlu ditemani. Tetapi nasib dan retak badannya berlainan sedikit. Dia terpisah daripada Kamalina lebih awal daripada Kartini. Dalam keadaan dan saat-saat begitu, terasa rindunya menekan-nekan perasaan. Dia merindui Kamalina.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas