enyawir Ib | sejenis perhiasan yang dibuat daripada duit syiling untuk diikat pada tali pinggang. Ia kelihatan seperti sisik ikan apabila dipandang dari jauh. | Tali pinggang lampit di pasang rapat umpama sebuah pintu tapang. Perhiasan enyawir tersirat rapat tiada jurang. Pampai amat sesuai berjuntaian ke arah belakang. Sumping telinga tergantung-gantung bercahaya terang. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lampit Ib | sejenis tali pinggang perempuan yang diperbuat daripada perak. | Sanggul renda terselit bunga-bunga sedang mengembang. Rawai sungguh sesuai menyarung riba mengelilingi pinggang. Kain berukiran amat menawan beraneka bentuk tiada lapang. Gelang tumpa amat bergaya pemasangannya tiada pincang. Tali pinggang lampit di pasang rapat umpama sebuah pintu tapang. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sementing Ib | tali pinggang. | Nama dan jenis kain tenunan yang dibuat untuk kegunaan lelaki ialah seperti labung, paiya ekor cawat, kain belantan dan sementing. Pakaian perempuan yang ditenun ialah seperti kain pendek, baju tabor, baju bara-ara dan pua kumbu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
portinah, *portina* Kd Lt | tali pinggang yang diperbuat daripada suasa dan kain. | Mula-mula gonob, diikuti oleh sukup kopio, kemudian gonob diikat dengan portinah. Kumagi akan dipakai secara menyelimpang di bahagian dada (seperti huruf X). | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
beret birar LB | sejenis tali pinggang perempuan dibuat daripada manik yang berwarna kuning yang bersulam dengan perak. | Jika kamu datang, datanglah dengan pakaian yang lengkap. Mengasaplah kamu, serta berpakaian kabung dari Pedian dan bersarung hijau. Pasanglah beret birar, kalung bau tulang dan pata anet birar. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sengkilong, *sengkiling* Ib | duit syiling yang diikat di tali pinggang yang biasanya dibuat sebagai barang perhiasan wanita. Ia akan bergerak dan berbunyi ketika berjalan. | Kalau emak mahu melihat Berenai hidup kembali, emak berikanlah dia lampit dan sengkilong. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
haboi Kd | tali pinggang yang diperbuat daripada syiling perak. | Haboi - bertungkat, ringgit perak yang dipakai di bahagian pinggul atau pinggang. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah. | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kandit Bj PT | sejenis tali pinggang yang ditekat daripada benang-benang yang beraneka warna dan dibubuh berumbai-rumbai di bahagian tepinya. | Ikat Pinggang - dikenal dengan nama kandit - ditekat daripada benang-benang yang beraneka warna dan dibubuh berumbai-rumbai di bahagian tepinya. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bobogon Kd | sejenis kulit kayu yang boleh diketuk-ketuk/pukul untuk dijadikan cawat. | Sadi mengeluh panjang. Baju tanpa lengan yang penuh dihiasi siput laut, terasa semakin berat dan membebankan jiwanya. Tali pinggang daripada kesumba terasa semakin menjerut perutnya. `Hujung-hujung perut anak isteriku tidak terisi', fikirnya. Kulit kayu jenis `bobogon' yang dijadikan cawat di tubuhnya, diusap lembut. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
seluar sumbu MSr | seluar dalam yang diikat dengan tali di pinggang. | Apa bezanya mereka dengan kita. Mereka manusia juga. Kita pun manusia. Apa lebihnya mereka daripada kita. Yang berbeza hanyalah mereka orang datang, kita orang asal. Itu saja. Apa yang ada pada mereka ketika mereka mula-mula datang dulu? Eh, kau tahu tak, kerana merempat di tanah air sendiri, ada yang datang dengan seluar sumbu saja. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |