Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.ba.han] | تمبهن

Definisi : 1. sesuatu yg ditambahkan pd, imbuh, tokok: peraturan-peraturan dan ~-~ peraturan; 2. sesuatu (surat, keterangan, dll) yg dilampirkan, lampiran, pelengkap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Peribahasa

Bertukar beruk dengan cigak,
     mengimbuh dengan kera.

Bermaksud :

Yang lama sama dengan yang baru. cigak = kera; imbuh = tambahan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tungkal IbHukum denda tambahan mengikut adat suku Iban sekiranya tidak dibayar denda sebelumnya.Sana pun membawa canang itu turun ke bawah rumah. Apabila sampai di bawah dia pun berkata, "Canang ini akan saya bawa pulang ibu untuk membayar denda adat tungkal berkenaan dengan anak Anal yang telah meninggal!" Sana terus membawa canang itu pulang ke rumahnya.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
amarawak Mrkemarahan semangat.Tambahan lagi, jika petani ini merasai bahawa alamat ini akan mendatangkan kecelakaan atau kematian maka beliau akan melakukan satu upacara amal yang dipanggil ampalalang untuk meredakan (amarawak) semangat yang dipercayai menghuni tapak yang dipilih.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
giak II Ib, Kh, MSrkayu penahan timbau (dinding tambahan pada perahu).Tangkas tangannya mencengkam erat hujung jangkar yang tergeliat menekan giak depan perahu. Sambil melonjak-lonjakkan tubuhnya, Anjang Husin cuba menolak jangkar sekuat tenaga.Antologi Cerpen Hati (15 Cerpen dari Bumi Kenyalang)Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
pongoluan Kdalam barzah.Pada zaman lampau, sebatang buluh tambahan yang panjang dipacak di tepi kubur dengan hujungnya menghala ke arah Gunung Kinabalu. Ia bertujuan untuk memberi panduan kepada roh si mati ketika roh itu meneruskan perjalanannya ke tempat persemandiannya yang kekal atau "Pongoluan".Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ampalalang Mrupacara amal untuk meredakan semangat yang marah.Tambahan lagi, jika petani ini merasai bahawa alamat ini akan mendatangkan kecelakaan atau kematian maka beliau akan melakukan satu upacara amal yang dipanggil ampalalang untuk meredakan (amarawak) semangat yang dipercayai menghuni tapak yang dipilih.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
malipantang.Eh, Ansang Miang, tapi kami tak sukakannya. Sudahlah tua tambahan pula mali, jawab ibu bapa Gurang.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
belawis MSbsejenis ikan sungai berwarna kehitam-kehitaman dan berbintik-bintik kuning serta bersisik halus.Terdengar perkataan ‘sarapan’ perutku serta-merta berkeroncong. Tambahan pula melihat tompe yang masih berasap beserta ikan belawis bakar.PelauhGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
Belian Ibupacara mengubati orang sakit oleh manang.Selang empat hari kemudiannya, empat orang pemuda yang dulu itu datang lagi untuk menjemput dia mengadakan upacara belian. Apabila mengetahui bahawa Manang Engkejuang teringin sangat untuk pergi belian, tambahan pula keempat-empat orang pemuda itu sudah naik dari pangkalan, Manang Entayang pun masuk ke bilik lalu menyapu mukanya dengan arang dan jelaga, sambil duduk berdekatan dengan dapur.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas