Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.kas] | تڠکس

Definisi : 1. cepat (gerak-geri), cekatan, cergas, cepat, pantas: ia berjalan dgn ~; 2. gesit, giat, sigap: perjuangan antara dua orang pahlawan itu sangat hebat, mereka sama ~ dan sama pandai;ketangkasan perihal tangkas, kecekatan, kecepatan, kecergasan, kepantasan, kesigap­an: anak-anak muda kelihatan kagum melihat ~ kedua-dua teman mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.kas] | تڠکس

Definisi : cepat gerak-gerinya; cergas; pantas: kuda yg ~. ketangkasan keadaan atau sifat tangkas; kecepatan; kepantasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Duduk seperti kucing,
     melompat seperti harimau.

Bermaksud :

Orang pendiam yang tangkas bekerja dan berfikir.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
limbukun, *limbukon* MSbsejenis burung punai; Chalcophaps i. indica.Gerak tubuhnya yang tangkas mengimbangi diri, membuatkan beberapa ekor burung limbukun yang menenggek di batu-batu sungai yang berbonggol itu terbang bercempera.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
giak II Ib, Kh, MSrkayu penahan timbau (dinding tambahan pada perahu).Tangkas tangannya mencengkam erat hujung jangkar yang tergeliat menekan giak depan perahu. Sambil melonjak-lonjakkan tubuhnya, Anjang Husin cuba menolak jangkar sekuat tenaga.Antologi Cerpen Hati (15 Cerpen dari Bumi Kenyalang)Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas