Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.pa/.ta.pa/] | تاڤق٢

Definisi : sj lapik (alas kaki), sandal, selipar, capal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tapak-tapak

Puisi
 

Hilang baju kerana tapak,
     Hilang berjalan di pohon pauh;
Hilang malu kerana takut,
     Melangsung adat hajat saudara jauh.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Cium tapak tangan,
     berbaukah atau tidak?

Bermaksud :

Lihat diri sendiri terlebih dulu sebelum mencela orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
somponon tinotok Kd Ltmemagar tapak semaian.Somponon tinotok bermaksud pemagaran tapak semaian.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tapak Bj Sm, Ir, Tbpinggan kecil.Matanya terus menekup ke arah cangkir kopi yang belum terusik itu. Tangannya segera menjangkau tapak yang berisi ubi rebus ditabur kelapa parut itu.Sup EkorGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
monolibabou Kdupacara menilik tapak rumah.Sebelum memacakkan tiang rumah, mereka juga terlebih dahulu mengadakan upacara "Monolibabou" iaitu satu upacara untuk menilik sama ada tapak kawasan di mana rumah itu akan dibina didiami oleh mahkluk halus yang dipanggil "Pembazabaza" atau tidak.Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
taba Ibtapak untuk mendirikan rumah panjang yang baru.Tak tahulah, saya membawa awak semua memeriksanya ke sini sebab mahu tahu taba tempat awak hendak mendirikan rumah, kata hantu itu. "Kalau macam ini pindahlah, rumah ini sudah siap dibina," kata hantu itu lagi.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
temawai Ibbekas tapak rumah panjang yang ditumbuhi pokok-pokok baru.Sudah mencapai ketumpulan usaha untuk mencari anaknya di kebun lada, sejam berjalan ke temawai, di pendam; manalah tahu dia menangis di situ atau di langkau. Sudah menyengat sekali rasa sengal pada lutut dan pinggangnya ketika mendaki bukit mencari Luyuh.Antologi Cerpen Bunga RimbaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tambawai, *tembawai* Ibkawasan bekas tapak rumah.“Wah, lebat sungguh rambutan ini berbuah, kalau tak salah ingat saya, rambutan ini kami yang punya,” kata Meluda. “Tambawai ini kepunyaan ayah, dan ini pinangnya yang tiga pokok itu. Benarlah ini.”Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pelangka Ibsejenis alat yang diperbuat daripada kayu sebagai tapak untuk mengirik padi.Apabila mendengar letupan bedil keletung Ketupong dan rakan-rakannya itu, Dara Tinchin Temaga terus menyuruh Menggin dan anaknya balik. Dia menghulur mereka berdua dari langit dengan bekas yang dipanggil pelangka bertali emas.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mangasok Kd, Mrmenugal.Dan ah! Mangasok yang melepuhkan tapak tanganku itu sebetulnya sudah lama beres. Cambah dari benih padi Abang di huma itu sudah melebihi buku lali sekarang.‘Sekilas...’Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
bilituong, *birituong* Bdperbicaraan untuk menyelesaikan perbalahan, persengketaan, pergaduhan di peringkat kampung.Majlis bilituong diadakan seminggu kemudian di tapak tanah yang dipertikaikan.Menganyam KedukaanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tumindok Kd Ltpermulaan menanam padi.Selepas proses menggaruk, petani akan mengambil tujuh batang anak padi yang pertama gumontor dari tapak semaian untuk dibawa ke satu sudut kecil di sawah padi. Proses ini dikenali sebagai tumindok yang bermaksud "permulaan".Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12

Kembali ke atas