Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ri] | تاري

Definisi : = tarian gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik; ~ gambus sj tari yg diiringi oleh gambus dan rebana; ~ inai = ~ piring tari dgn meng­gu­nakan piring dan lilin (oleh gadis-gadis); ~ keris (sewar, sikin) tari dgn memainkan keris (sewar, sikin); ~ kipas tari dgn memainkan kipas; ~ payung sj tari dgn menggunakan pa­yung; ~ sapu tangan tari dgn melambai-lam­baikan sapu tangan; ~ selendang tari dgn me­makai selendang; ~ serimpi sj tari yg di­pertunjukkan oleh perempuan (di istana Jokja, Solo); menari, bertari ark melakukan tari dgn mengikut muzik: kakak Ramlah sedang ~, sedang berlatih ~; ~ di ladang orang prb bersuka-suka memakai harta orang lain dgn tidak mengingat kerugian orang itu; ~ yg tak pandai, dikatakan lantai nan terjungkat = sebab tiada tahu ~ dikata-kan tanah lembap prb sebab tidak tahu mem-buat sesuatu pekerjaan, dikatakan perkakas yg salah atau tidak cukup; menari-nari melompat-lompat (kegirangan dll), mendompak-dompak, bergerak-gerak pantas dan lancar (spt gerakan menari (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ri] | تاري

Definisi : , = tarian gerakan badan, kaki serta tangan mengikut tingkah atau mengikut rentak muzik: ~ payung; ~ piring; ~ selendang. menari meng­gerakkan badan, kaki serta tangan mengikut irama muzik; melakukan tari: Kakak Salma pandai ~. menari-nari melompat-lompat kerana gem­bira dll. menarikan melakukan sesuatu sbg tari: Mereka bangun lalu sama-sama ~ Joget Pahang. tari-tarian, tari-menari bermacam-macam tari: majlis ~. penari orang yg (pandai) menari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tari
Kata Terbitan : menari, tarian, penari,

Puisi
 

Mengkarak airnya biru,
     Hanyut pasung bertari-tari;
Kalau hendak tidak begitu,
     Cubalah langsung barang sekali.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
ajat Ibtari.Ajatnya tambah rancak bila ada tangan-tangan yang ramai bertepuk agak serentak.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
madayut MBrtarian tradisonal suku kaum Brunei.Perkataan Madayut bermakna menyanyi sambil menari, dan dengan demikian dapatlah disimpulkan bahawa Madayut bermakna menari dengan iringan nyanyian, atau kombinasi di antara lagu dan tari, di mana rentak tariannya seakan-akan rentak pencak silat.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sumayau Kdsejenis tarian suku kaum Dusun Gana yang ditarikan secara berpasangan oleh enam/lapan orang lelaki dan wanita. Tarian ini diiringi oleh paluan gong dan kulintangan.Berapa orang penari lelaki dan wanita, menuju ke dewan tari untuk menarikan tarian sumayau bersama­sama Ivan.Tarian Pribumi SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas