lalasu Mr | nama sejenis manik yang berbentuk bulat. | Kau tau tak, kau dah menolak tuah tadi? Kau tau tak, apa yang mereka bawa tadi? Huh! Macam tatamong untuk anak dara! Punyalah banyak buah-buah manik bungkas dan manik lalasu yang mereka bawa! | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bungkas I Mr | sejenis hiasan pada pakaian tradisional suku kaum Murut yang diletakkan pada bahagian pinggang. | Kau tau tak, kau dah menolak tuah tadi? Kau tau tak, apa yang mereka bawa tadi? Huh! Macam tatamong untuk anak dara! Punyalah banyak buah-buah manik bungkas dan manik lalasu yang mereka bawa! | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
congek MSr | cengeng. | “Di masjid banyak orang tau. Selalunya abang akan nangis kalau ditegur orang. Abang congek,” usikku kerana aku mahu dia faham bahawa aku tidak gemar akan sikapnya itu. Dia agak terlalu pemalu “sekurang-kurangnya pada kehendak atau penilaianku. | Jambatan Laut China Selatan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bambarayon Kd, Tb | semangat padi | Setelah menikmatinya, bambarayon akan memindahkan roh-roh mereka yang berpindah ke rumah baharu. Dan mereka pun akan hidup bahagia sehingga ke akhir hayat mereka, tau?” | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |