Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.bas] | تبس

Definisi : bertebas sudah dipotong atau dirambah (pokok-pokok kecil): semak-semak itu sudah ~; menebas memotong atau merambah pokok-pokok kecil: ia disuruh ~ semak; ~ hutan menebang pokok-pokok dlm hutan, mem-buka hutan utk bercucuk tanam dll; ~ jalan merintis (membuat) jalan di hutan; ~ mene-bang = menebang ~ menebang segala pokok (besar kecil), membersihkan drpd pokok-pokok: setelah habis ~ menebang mereka menunggu utk membakar pula; menebaskan 1. sl membersihkan drpd pokok yg kecil-kecil: tebaskanlah segala semak ini; 2. menebas utk; 3. memarangkan, menetakkan: ia ~ pedangnya ke leher askar itu sehingga putus; tertebas dapat ditebas: aku yakin hutan itu akan ~; tebasan kawasan yg sudah ditebas, cerang, ladang: sebelum membakar ~ itu, ia melapor­­-kannya dahulu kpd polis;penebasan perihal (perbuatan, kerja dsb) menebas atau menebaskan: ~ semak di bela-kang rumahnya itu masih belum selesai walaupun upahnya sudah lama dibayar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.bas] | تبس

Definisi : Jw; menebas memborong hasil tanaman (buah-buahan, padi, dll) sebelum dipetik atau dituai: dia ~ padinya; menebaskan memborongkan hasil tanaman sebelum dipetik: semua buah-buahan disusun-nya sudah ditebaskan kpd tauke itu; tebasan 1. perihal menebas, pembelian hasil tanaman (sebelum dipetik); 2. hasil drpd menebas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.bas] | تبس

Definisi : ; bertebas (sudah) dipotong atau dirambah (bkn pokok-pokok kecil atau semak): Semak-semak di belakang rumahnya sudah ~. menebas memotong atau merambah pokok-pokok kecil dsb: Mereka sedang ~ semak. ~ hutan menebang pokok-pokok hutan utk bercucuk tanam dsb. menebaskan 1 menebas utk orang lain. 2 menjadikan sesuatu sbg alat utk menebas: ~ pedang pd tiang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tebas
Kata Terbitan : menebas,

Puisi
 

Hutan serumpun luar kota,
     Mari tebas kanan kiri;
Helang tak rabun musang tak buta,
     Biring jangan bebaskan diri.


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kempedu, *kemedu* Ibsejenis tumbuhan melilit yang sesuai dijadikan penyirat.Keesokannya dia tebas rumput liar, akar entuyut dan akar kempedu yang merayap di anak pokok temudok dan mara bara.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas