Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.gap] | تݢڤ

Definisi : 1. kukuh dan kuat (tubuh badan), gagah serta kuat (sikap badan), berisi lagi kuat (tubuh badan): badannya masih ~, pandangannya masih baik; 2. kuat, kukuh, teguh, utuh: gunakan meja yg ~ dan cukup tingginya supaya tidak membongkok apabila bekerja; 3. kuat atau erat (ikatan dll), kukuh (letak sesuatu dll); 4. ki kukuh (keadaan ekonomi atau politik dll); ~ hati teguh hati; ~ sasa = ~ tegun sl tegap serta kuat; menegapkan menjadikan tegap, meneguh­kan, menguatkan, mengukuhkan: akar ~ ber­diri­nya pokok; piutang atau pertaruhan wang di luar negeri itu membantu ~ kedudukan kewangan negeri; ketegapan perihal tegap, kegagahan (badan), keteguhan, kekuatan, kekukuhan (tali dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.gap] | تݢڤ

Definisi : sj ikan laut, Chirocentrus dorab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.gap] | تݢڤ

Definisi : 1 berisi lagi kuat (bkn tubuh); gagah serta kuat: Kalau badan tidak ~, tak usahlah bercita-cita hendak menjadi askar. ~ sasa gagah dan kuat. 2 kuat dan kukuh (bkn sesuatu alat); tidak mudah rosak; tidak mudah ter­urai (ttg ikatan dsb); tahan: Meja yg digunakannya itu sungguh ~ buatannya. menegapkan menjadikan tegap; me­nguat­kan; mengukuhkan: Akar ~ pokok. ketegapan keadaan atau hal tegap; kekuatan; keteguhan. penegap sesuatu yg menegapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tegap (adjektif)
1. Bersinonim dengan sasa: ragah, agam, pagan,
Berantonim dengan lembik

2. Bersinonim dengan teguh: kukuh, kuat, utuh, begap,
Berantonim dengan lemah

3. Bersinonim dengan erat: rapat, ketat, padat, padu, teguh, tumpat, kuat, utuh, kejap,
Berantonim dengan longgar

Kata Terbitan : menegapkan, ketegapan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
longgar mata udang, *gerah mata udang* Ibperibahasa Iban yang bermakna sesuatu yang dilihat pada luarannya mudah, tetapi pada hakikatnya susah.“Itu rupanya jawapan Bunga Eni. Kenyataan begitulah yang boleh disebut longgar mata udang. Mata udang kelihatan tidak begitu tegap. Jika dipegang ia bergoyang-goyang tetapi jika hendak dicabut, tidak juga mudah,” kata Keling menuding ke arah Laja.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas