kelalagan Bj Sm, Tb | orang kenamaan (disegani dan dihormati). | Zulpan bingkas dari tempatnya berdiri melangkah mendapatkan Encik Safuan lalu dia menyuakan tangannya bersalaman dengan Encik Safuan, Pegawai Pendidikan Bahagian yang cukup kelalangan dan gah namanya di daerah itu. | Pelangi Selepas Hujan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
taing-taing Ib | perihal bunyi besi yang dipukul dengan besi. | Aki Lang Sengalang Burong pun pergi ke ruai bertanyakan tempat benda yang Aji idamkan itu supaya boleh diambil. Kata Aji tempatnya ialah di sebuah bukit yang ditumbuhi resam, tempat yang selalu kedengaran bunyi ruding yang berbunyi taing-taing, berdekatan dengan gerun lubang seruling yang menghasilkan bunyi seperti Apai Keling Gerasi Nading, membuat hujung tiang kelingkang yang mempunyai lubang yang tembus dari sebelah ke sebelah digunakan untuk membuang miang. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |