Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tulang kepala (yg mengandungi otak), batok kepala, tempurung kepala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tengkorak (kata nama)
Bersinonim dengan tempurung kepala, tulang kepala, kranium.,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kukui Mr Tlupacara pemujaan terhadap semangat tengkorak musuh yang mati dibunuh.Upacara Kukui ialah upacara pemujaan terhadap semangat tengkorak orang-orang yang mati dibunuh. Selalunya tengkorak musuh yang telah ditawan ketika berlakunya peperangan di antara suku-suku.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sagindai Kd Rnupacara pemujaan semangat tengkorak.Upacara `sagindai' ini ialah upacara pemujaan roh atau semangat tengkorak atau kepala yang telah dipancung ketika berlakunya peperangan suku atau kaum.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sangkah Ibsejenis nyanyian yang dinyanyikan semasa membawa atau menyambut tengkorak yang dibawa balik semasa ngayau.Tengkorak itu pun dibawa dengan aluan sangkah secara beberapa kali berjalan dengan gerak-geri ayunan dan nyanyian sepanjang rumah.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tinitundob Mr Tltempat menyangkutkan tengkorak, bahagian ini terletak di tengah siling dewan lansaran.Sebaik saja lansaran dijalankan maka setiap orang haruslah ikut serta lumansar dan berusaha untuk mencapai tengkorak yang terletak di tiang tinitundob.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ringka Ibbekas yang biasanya digunakan untuk menyimpan tengkorak musuh. Ia diperbuat daripada rotan dengan anyaman bersilang.Apabila dia mengetahui kebenaran berita itu, Patinggi lalu menyuruh seorang hambanya menggantung satu ringka (bekas yang biasanya digunakan untuk menyimpan tengkorak musuh) dan sebuah selabit (satu jenis keranjang yang digunakan untuk membawa barang) dengan sebatang kayu panjang yang disebut suar.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
hantu pala, *antu pala* Ibtengkorak manusia yang diperoleh semasa peperangan.Dia duduk di ruai rumah itu. Di ruai rumah itu, dia melihat banyak hantu pala. Agak gelap ruai itu kerana dilindungi hantu pala. Dari jumlah hantu pala itu, fahamlah Medang bahawa orang tua itu adalah raja berani. Dia duduk di situ dan tidak lama kemudian orang tua itu bertanya sama ada sudah makan atau belum.Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
maginasi Mr Psupacara pemujaan semangat tengkorak manusia yang mati dibunuh.Upacara maginasi ini diketuai oleh Tok Lair iaitu seorang tua yang disegani dan dihormati di perkampungan itu di mana ia akan menyelenggarakan upacara pemujaan terhadap semangat dan roh si mati itu sesuai dengan kehendak upacara tersebut supaya roh atau semangat tersebut tidak akan mengganggu penduduk-penduduk di situ.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
padung Ibloteng.Semuanya diceritakan tentang tengkorak manusia yang digantung di atas padung rumah panjang dan tentang keterbilangan kaum Iban memburu binatang dengan sumpit mereka.Novel Antara Dua KepercayaanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tandahau Kd KBsejenis roh jahat.Tandahau - Roh tengkorak, kalau menjelma rupanya seperti ayam atau burung.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nyangkah Ibsuatu upacara berupa nyanyian yang didendangkan oleh sekumpulan wanita bagi menyambut kepala musuh yang dibawa balik oleh pengayau.Apabila mereka balik ke rumah panjang mereka, tengkorak musuh yang diperolehi disambut dengan upacara nyangkah. Upacara ini diadakan oleh kaum perempuan itu yang diketuai oleh Endu Sudan Berinjan Bungkong, Endu Diu Tiong Menyelong, isteri Sengalang Burong. Dari sinilah bermulanya upacara Nyangkah Antu Pala atau tengkorak musuh yang baru diperolehi.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
123

Kembali ke atas