temuai MSr | sejenis perahu. | Sampai di tepian, Batang Nyabur sedang menolak arus surutnya. Air mengalir agak laju ke hilir. Di tebing yang ketohoran tetapi masih basah itu, kelihatan beberapa buah perahu jenis temuai yang tersadai melintang-pukang. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nyeli Ib | sj tumbuhan bijirin (pokok dan buahnya) drpd jenis padi; Coix lachrymajobi. | Apabila dua orang gadis itu mendekati rumah panjang, Bunga Eni dan Bunga Satangkai hanya sebesar ibu kaki. Apabila Kumang dan Lulong tiba di tepian permandian, roh itu sebesar ibu jari. Setiba mereka di halaman, roh itu sebesar sebiji jagung. Seterusnya apabila berada di kaki tangga, roh Bunga Eni dan Bunga Satangkai sudah sebiji nyeli. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rangki Ib | kulit siput laut yang kecil. | Jengkuan meneruskan perjalanannya dan sampai ke sebuah sungai karangan batu pirak tempat kapar tulang berselerak. Dia memandang ke hilir ke karangan rangki dan kelihatan bertaburan kulit siput buri dan kerang. Dia lalu berjalan melalui jalan tepian. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |