besundang, *sundang* Ib | batu yang tidak teratur. | Kerana itu, dalam pengap, penyair lemambang masih menyebut, "Jarup seorang ketua yang mempelopori kawasan Sekaup, telah mati bebadi lesi laya luput kerana terkatup oleh batu besundang." | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngebat Ib | mengikat bahagian-bahagian benang yang hendak dicelup supaya kekal warna asal bahagian yang diikat itu. | Proses berikutnya dipanggil ngebat (mengikat bahagian-bahagian benang yang hendak diwarnakan dengan warna-warna tertentu setelah benang itu disusun dengan cara yang teratur). Setelah dikebat atau diikat barulah benang itu disepuhkan ke dalam dulang yang mengandungi air mengkudu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |