bakokong Mr | sejenis alat muzik yang terdiri daripada sebelas buah batang buluh yang terdiri daripada Talison dan kotang-kontangan di mana bentuknya seruas/tiga ruas seperti Tagunggak dan dimainkan secara solo. | Panjang sebatang Talison pada alat Bakokong ini tidak lebih dari dua kaki (60 centimeter) sahaja, manakala ukuran pada sebatang Kotang-kotongan yang paling pendek dan kecil tidak lebih dari 0.5 kaki atau 15 centimeter sahaja. | Bakokong Dimain Untuk Hilang Penat | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
korandabit Kd | bahagian alat muzik sompoton yg terdiri daripada buluh sumbiling yang kedua dan ketiga panjang. | Sompoton boleh dibahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian pertama dan bahagian kedua. Bahagian pertama terdiri dari lombohon satu, lombohon dua, korandabit bawah dan atas, kombitan dan lidah. Ianya diperbuat dari buluh jenis sumbiling yang banyak terdapat di daerah-daerah sekitar Ranau hingga ke Keningau Sabah. | Sompoton erat kembali talian suami isteri | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
telatok, *talutuk* Mr | sejenis alat muzik tradisional. | Kaum lelaki tidak terlibat pada acara tersebut kecuali untuk bermain muzik yang terdiri dari 1 biji rebana, tiga biji telatok yang diperbuat rai buluh jenis poring. Pakaian yang dipakai terdiri dari kebaya, kain songket dan tarimpak. | Tarian sambut kelahiran bayi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
dapun MBr | sejenis kalong yang diperbuat daripada perak dan emas - juga dihiasi dengan batu-batu permata yang juga terdiri dari berbagai warna. | Perhiasan di bahagian dada ialah dapun, iaitu sejenis kalong yang diperbuat daripada perak dan emas - juga dihiasi dengan batu-batu permata yang juga terdiri dari berbagai warna. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tarimpak, *sarimpak* Bj, MSb | hiasan kepala, mahkota yg diperbuat drpd tembaga yg diukir dan berjuntai-juntai. | Kaum lelaki tidak terlibat pada acara tersebut kecuali untuk bermain muzik yang terdiri dari 1 biji rebana, tiga biji telatok yang diperbuat rai buluh jenis poring. Pakaian yang dipakai terdiri dari kebaya, kain songket dan tarimpak. | Tarian sambut kelahiran bayi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kulintangan MSb | sejenis alat muzik masyarakat Sabah yang terdiri daripada gong kecil. | Pukulan gong, kulintangan dan gendang semakin rancak. Rumah pengantin lelaki itu semakin sesak dibanjiri oleh tetamu yang meraikan majlis perkahwinan itu. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tompek ambulung Bj Sm | lempeng sagu. | Mereka yang terdiri daripada embok-embok, ada antaranya belum sembuh daripada sakit pening dan yang amat kepayahan mengunyah tompek ambulung, secara mendadak serentak datang; bagaikan pahlawan kerdil mencabar gerombolan lembaga yang menyerupai wajah Haji Salam itu, yang bagaikan gerombolan gergasi!. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
embok-embok Bj Sm | datuk, nenek. | Mereka yang terdiri daripada embok-embok, ada antaranya belum sembuh daripada sakit pening dan yang amat kepayahan mengunyah tompek ambulung, secara mendadak serentak datang; bagaikan pahlawan kerdil mencabar gerombolan lembaga yang menyerupai wajah Haji Salam itu, yang bagaikan gerombolan gergasi! | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gorinding Kd | sejenis alat yang dibunyikan semasa upacara ritual. Ia terdiri daripada tiga bahagian iaitu, bahagian yang dipegang dibuat daripada tanduk atau teras kayu. Kemudian tali-tali benang yang diikat pada lobang tanduk atau teras kayu yang dipegang itu. Seterusnya ialah bahagian loceng yang bergantungan pada tali-benang itu. Ketika menggunakannya tangan orang bergerak turun-naik dan berpusing, dan dengan itu gonding ini akan berayun-ayun. Geraknya selaras dengan irama dan lajunya pembacaan mentera. | Kepala Maria turut disentuh oleh Abon yang berjalan ke sana ke mari dengan gorindingnya. Akhirnya, sekali dua dia menyentuhkan gorinding itu ke seluruh tubuh suami Solisir. Tetapi nyawa lelaki itu telah berakhir. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gonding Kd | sejenis alat yang dibunyikan semasa upacara ritual Ia terdiri daripada tiga bahagian iaitu, bahagian yang dipegang dibuat daripada tanduk atau teras kayu. Kemudian tali-tali benang yang diikat pada lobang tanduk atau teras kayu yang dipegang itu. Seterusnya ialah bahagian loceng yang bergantungan pada tali-benang itu. Ketika menggunakannya tangan orang bergerak turun- naik dan berpusing, dan dengan itu gonding ini akan berayun-ayun. Geraknya selaras dengan irama dan lajunya pembacaan mentera. | Kemudian tangan Abon membunyikan gonding dengan menggoyang-goyangkannya. Dan ketika itu Abon sedang menurun untuk merayu dilanjutkan usia suami Solisir, ketika itulah suami Solisir menghembuskan nafasnya yang terakhir. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |