siyung Kd Pr | terendak daripada anyaman buluh. | Siyung - lebih terkenal dengan nama "seraung" atau terendak. Diperbuat daripada kulit bambu yang dianyam begitu halus dan rapi. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sarung, *seraung* Kd | terendak yang dipakai oleh suku Dusun Papar. | Wanita-wanita ini menudungkan kepalanya dengan sejenis tudung kepala yang seakan-akan terendak di Malaya. Di Papar orang menamakan "sarung" dan bentuknya seakan-akan tudung saji di Malaya. | Diari K. Bali | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sirung Kd, MSb | terendak daripada anyaman buluh. | Pusat Sains & Pendidikan – direka dengan atap menyerupai seraung atau sirung (topi anyaman buluh tempatan). Pusat Sains & Pendidikan ini memiliki pameran kekal Shell yang akan menawarkan penjelajahan pendidikan tentang kepentingan minyak luar pesisir dan industri gas di Sabah. | Brosur Kota Kinabalu Ibu Negeri Peranginan Sabah. | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rong LB | topi/terendak orang Lun Bawang. | Pasanglah beret birar, kalung bau tulang dan pata anet birar. Kalau banyak orang memanggil kamu jangan kamu pergi. Kamu lemparkan rong kamu dan kamu berikan payung kamu. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tanggui seraong, *tanggui seraung* Ib | sejenis terendak yang berbingkai besar dan berpentol di tengahnya, biasanya dipakai oleh perempuan Iban. | Ramai penghuni rumah itu sendiri mati dibunuh musuh. Salah seorang daripada mereka ialah anak dara kepada Maling. Serentak dengan kematiannya itu tanggui seraongnya terbang ke langit dan kemudian jatuh di kawasan Batang Paku di Saribas. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tangga tukur, *tangga tukun* Ib | sejenis tangga. | Setelah itu dia lalu turun melalui tangga tukur dengan berpegang pada susur tangga yang panjang. Dia menjejaki tanah yang rata seperti besi ditempa sehingga sampai pada tanah yang berbonggol seperti tudung terendak buluh. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |