Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.gan.tung] | ترݢنتوڠ

Definisi : 1. telah digantung, tersangkut, terpaut: lampu itu ~ di loteng; 2. diserahkan, terserah (pd): hukuman yg akan dikenakan ~ pd hakim; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.gan.tung] | ترݢنتوڠ

Definisi : 1 sudah digantung atau digantungkan; dlm keadaan bergantung: Beberapa buah lukisan yg indah ~ di dinding ruang tamu. 2 diserahkan seluruhnya; terserah: Perkara ini ~ pd kemahuanmu sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tergantung

Puisi
 

Keritih tiram tergantung,
     Limau manis banyak bijinya;
Pilih-pilih muda sekampung,
     Hitam manis baik budinya.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Buah masak tergantung tinggi: akan dijolok penggalah singkat,
     akan ditingkat batangnya licin.

Bermaksud :

Tiada berdaya untuk mencapai (mengerjakan) sesuatu cita-cita yang tinggi atau pekerjaan yang sulit.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bosi Tbparang.Bantilan bingkas dan mencapai bosi yang tergantung di dinding rumah. Bantilan mengikat sarung bosi itu ke pinggangnya. Dia melangkah menuruni tangga.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pampai Ibsejenis kain selindang yang diperbuat daripada kain tenun.Perhiasan enyawir tersirat rapat tiada jurang. Pampai amat sesuai berjuntaian ke arah belakang. Sumping telinga tergantung-gantung bercahaya terang. (hlm. 45)Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kingkilat Mrhadiah yang digantung di sisitan.Kingkilat berayun. Berkemalai bagai hiasan sanggul penari istana pada zaman lampau. Mereka melompat dengan penuh azam dan tekad, untuk mengambil kingkilat yang tergantung di atas. Kingkilat bergerak utuh. Beralun ke kiri dan ke kanan. Suara bergerantangan.LansaranGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tingga Ibsejenis anting-anting yang tebal dan bergelung diperbuat daripada tembaga.Alangkah menawannya wajah dua orang pemuda itu. Ketika membelit sirat panjang meliliti pinggang, tupai-tupai yang berada berdekatan terpegun sehingga berhenti menggerit buah pinang. Dipasukkan pula anting-anting tingga yang tergantung hingga ke paras bahu.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
enyawir Ibsejenis perhiasan yang dibuat daripada duit syiling untuk diikat pada tali pinggang. Ia kelihatan seperti sisik ikan apabila dipandang dari jauh.Tali pinggang lampit di pasang rapat umpama sebuah pintu tapang. Perhiasan enyawir tersirat rapat tiada jurang. Pampai amat sesuai berjuntaian ke arah belakang. Sumping telinga tergantung-gantung bercahaya terang.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
boton Tbsejenis bakul yang diperbuat daripada pucuk nipah atau kulit kayu. Ia berbentuk bulat dan mempunyai tali untuk di sandang di belakang. Ia biasanya digunakan untuk mengangkut padi.Heboh pula suatu berita terbaru yang mengatakan bahawa Sindan mati akibat termakan racun. Bantilan akhirnya menangis. Baru dia teringat akan racun perosak yang disimpan di dalam sebuah boton dan dibiarkan tergantung di dinding sebelah luar rumahnya.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas