Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.he.nya/] | ترهڽق

Definisi : terduduk seakan-akan jatuh ke tempat duduk dsb, terjelepuk, terperenyak: orang tua itu cuba bangun tetapi ~ lagi di lantai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
henyak
Kata Terbitan : menghenyak, menghenyakkan diri, terhenyak,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
antap MSrmelampau, berhabis-habisan.Celaka manuk! Antap sungguh kenenan Kassim. Terhenyak Bidin mendengarnya. Hendak ditolak, walhalnya benar. Hendak tak hendak, terpaksa juga Bidin mengekek mengiringi ketawa rakannya yang memang terkenal penyakat itu.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pupuk Ib, MSrberansur-ansur.“Dapat padi kali ini, aku bayarlah berpupuk-pupuk!” Kata-kata Lumai itu membuat Ah Chai terhenyak, kemudian ketawa seperti geli hati.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas