terkanjat Kh, MSr | terperanjat, terkejut. | Jimbai yang turut terkanjat oleh perbuatan si Mayau menoleh lalu terserempak dengan gelagat Umbai yang terkulat-kulat membetulkan dirinya di muka pintu itu. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
liang hati, *beliang* MSr | gelabah, terkejut, kaget. | Milah yang sedang menyusun pinggan di atas meja kelihatan berliang hati. Sama seperti dua tiga bulan yang lalu sewaktu aku memberitahunya tentang abangnya Debam Isak yang tiba-tiba saja mahu dijodohkan dengan Mak Ketenten. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
melelat-lelat MSr | menjalar. | Masuklah. Ana terkejut daripada lamunannya yang melelat-lelat macam kangkung itu. Dilihatnya Mama Wong ada berhampiran dengannya. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
asu Ib, MSr | anjing. | Bala Maloh terkejut mendengar kata-katanya itu kerana mereka menyangka Radin minta tangguh kerana masih menunggu anjingnya. Ini ialah kerana asu bermaksud anjing. Nasib baik juga Apai Kejuang dan balanya masih sanggup menunggu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tijirak, *pijirak* Bd | sejenis burung seperti burug pipit tetapi ekornya panjang dan berwarna keperangan. | Burung Tijirak berbunyi dan mengepak-ngepakkan sayapnya dengan kuatnya. Rusa pun terkejut kerana diganggu oleh kelakuan Tijirak itu. | Cerita-cerita Rakyat Bidayuh | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |