Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ke.nal] | ترکنل

Definisi : diketahui ramai atau di merata tempat, termasyhur, ternama: Hang Tuah, seorang pendekar Melayu yg ~ kerana kegagahan dan kepintarannya; Malaysia ~ dgn getah dan bijih timahnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ke.nal] | ترکنل

Definisi : diketahui umum; termasyhur; ternama: Malaysia ~ dgn bijih timah dan getahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenal (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, cam, ingat, pasti, faham, maklum, mahir, tanggap, biasa, hafal;,
Kata Terbitan : berkenalan, mengenal, memperkenalkan, terkenal, kenalan, perkenalan, pengenalan, pengenal,

Peribahasa

Bagai kerbau runcing tanduk.

Bermaksud :

Orang yang sudah terkenal kejahatannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau [= lembu] tanduk panjang, tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
siyung Kd Prterendak daripada anyaman buluh.Siyung - lebih terkenal dengan nama "seraung" atau terendak. Diperbuat daripada kulit bambu yang dianyam begitu halus dan rapi.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kinjung-kinjungan Slgerak langkah dalam tarian Daling-Daling.Ketiga-tiga gerak langkah tersebut terkenal dengan nama gerak langkah mengilok, beautiful dan kinjung-kinjungan.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
paina Kdnama lain bagi tarian Sumazau di Membakut.Di Membakut Tarian Sumazau lebih popular atau terkenal dengan panggilan Paina yang membawa erti Tarian atau menari.Sumazau dikenali Tarian Paina di MembakutGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pugai II LB, Ml, MSrsesuatu yang dijampi untuk memikat hati seseorang, guna-guna.ada suatu hari, datanglah dukun yang sanggup mengubati Merawi. Dukun yang terkenal itu pandai menilik, pandai mengubati penyakit. Dia juga dikenali oleh sebilangan kecil pemuda di kampung itu, kerana pandai membuat ubat guna-guna, tegasnya pugai-memugai.Novel Dugaan TerakhirGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
antap MSrmelampau, berhabis-habisan.Celaka manuk! Antap sungguh kenenan Kassim. Terhenyak Bidin mendengarnya. Hendak ditolak, walhalnya benar. Hendak tak hendak, terpaksa juga Bidin mengekek mengiringi ketawa rakannya yang memang terkenal penyakat itu.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
racun sekejap Tbsejenis racun berbisa yang digunakan dalam tempoh masa yang singkat seperti dua atau tiga hari.Sakit yang dideritai oleh Apu ini juga adalah ekoran daripada racun yang pernah diberikan kepadanya oleh seorang manusia yang berhati binatang. Waktu itu Apu sengaja dijemput ke rumah orang kenduri. Tuhan amat berkuasa. Apu tidak mati, walaupun racun itu adalah racun yang paling berbisa. Kononnya racun itu memang terkenal dengan nama racun sekejap. Racun jenis itu boleh membawa maut kerana boleh menghancurkan jantung si mangsa dalam masa yang singkat.Pulut Kuning Daging RendangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas