Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.was] | تيواس

Definisi : (téwas) 1. menderita kekalahan, kalah (dlm permainan, pertandingan, dll): ~ dlm pertandingan kejohanan badminton; 2. gugur (dlm peperangan), mati, terkorban: mereka telah ~ dlm peperangan itu; 3. tidak lulus (dlm ujian), gagal, kandas: dia telah ~ dlm ujian itu; 4. sl cela, cacat, aib, keku­rang­an (dlm ilmu dll): baiklah hamba pergi ber­guru kepadanya, kerana hamba sangat ~ pd ilmu penjurit; menewaskan 1. mengalahkan (musuh dll), menundukkan: dia yakin bahawa dia akan dapat ~ lawannya dlm pertandingan itu; 2. membunuh musuh (dlm peperangan, pertem­puran), mematikan; ketewasan 1. kekalahan (dlm permainan dll); 2. kematian (dlm perang dll); 3. kecelaan, kecelakaan, kegagalan, bencana; 4. kalah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.was] | تيواس

Definisi : /téwas/ 1 tidak menang; kalah (dlm permainan dll): Pasukan sekolahnya telah ~ dlm pertandingan badminton antara sekolah-sekolah. 2 terkorban (dlm peperangan dll); mati: Askar-askar itu ~ dlm peperangan. menewaskan 1 mengalahkan lawan dlm pertandingan dll; menundukkan: Dia telah berjaya ~ lawannya dlm pertandingan itu. 2 membunuh musuh dlm peperangan dll; mematikan. ketewasan 1 keadaan atau hal tewas; kekalahan. 2 kecelakaan; bencana. 3 telah ditewaskan; kalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tewas (kata kerja)
1. Bersinonim dengan kalah: tumpas, kecundang, gagal, kandas,
Berantonim dengan menang

2. Bersinonim dengan gugur: mati, terkorban,

Kata Terbitan : menewaskan, ketewasan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
jejabong, *jejabung* Ibrambut musuh yang telah tewas sebagai bukti seseorang itu sudah berdengah. Ia biasanya diletakkan di hulu parang sebagai lambang keperwiraan.Pada suatu hari dia telah pergi ke sekolah. Ketika dia sampai, murid-murid sedang tekun belajar. Mereka berasa takut melihat Buda membawa parang jejabong dan tangkal yang dililit di sekeliling pinggangnya.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jila isang Ibdaun palas dalam keadaan tercarik dan dibiarkan berjela-jela diletakkan pada kepada/tengkorak manusia yang tewas semasa mengayau untuk digunakan semasa perayaan masyarakat Iban.Gila Gundi beranakkan Keling Aji yang berani dan boleh menjadi ketua perang, ketua orang di Panggau Libau, tempat yang berlumpur becak kerana terlalu kerap terkipas oleh jila isang, tempat tinggal dewa-dewa yang menjadi nadi penggerak orang-orang yang menjadi ketua perang, ketua kayau, perwira dan sebagainya.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas