karuk MSb | ikan puyu. | Maka ada dikatakan tuhan pun mendengar sumpah dan tangisan, orang tua itu. Maka diturunkannya ikan Karuk atau ikan yang keras kepala, sehingga tiada lagi tempat manusia melarikan diri. | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
peridi Ib | banyak anak, rapat beranak (berkenaan ayam dan manusia). | Aya Munggu Embawang pun turut mengambil bahagian. “Sama ada seseorang itu peridi atau tidak terserah pada kemampuan tubuh badannya. Kalau badan tidak begitu subur, orang itu akan mandul. Tiada cara untuk memberhentikan wanita melahirkan anak kecuali mereka berhenti tidur dengan lelaki. Satu lagi cara ialah mencari ubat supaya membolehkan perempuan itu tidak beranak.” | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |