ngenselan Ib | suatu upacara keagamaan bertujuan untuk menghindarkan kejahatan atau kecelakaan dengan menggunakan darah ayam atau khinzir. | Setelah mendapati mereka berdua ini benar-benar bersalah, Beti pun mengambil keputusan untuk merejam mereka mengikuti adat Sengalang Burong. Ini ialah kerana mereka telah tidak dapat membayar denda adat yang akan digunakan untuk ngenselan atau upacara membersihkan negeri dari perbuatan terkutuk. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngingit Ib | riang-riang. | Mendengar ngingit berbunyi pada waktu tengah hari di huma amat tidak baik dan pantang besar. Suatu upacara mesti diadakan untuk mengurangkan alamat buruk ini dan orang yang dijemput, mestilah orang yang benar-benar berkebolehan. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bedurok, *durok* Ib, MSr | 1. berderau (saling bantu antara satu sama lain). 2. kerja-kerja gotong-royong yang harus dibalas balik dengan gotong-royong. | Benar, dia tidak perlu bersama apai meminta bantuan dari Kampung Lempaong untuk bedurok membuka hutan, menebang pokok simpuh, semayur, tapang, perupuk dan geronggang, mencantas pula pohon beringin, simpur, rengas, geran dan sisik naga, menebas akar sekuntut, entiba, sarang naga, tapak kuda dan getih. | Antologi Cerpen Bunga Rimba | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
engkabai Ib | sejenis bekas berbentuk bulat dibuat daripada kulit kayu perawan atau kulit kayu meranti untuk menyimpan padi. | Apabila mendengar kata-kata Damu itu Serapoh pula menjawab, “Kalau benar awak hendak beristerikan Remi, tidak dapat tidak saya mesti meminta hantarannya, iaitu tengkorak musuh sebuah engkabai yang bertutup dengan gong.” | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sansaring Kd, Tb | sejenis canang yang mengeluarkan suara yang nyaring seperti canang cina. | Lamin ..., tegur Sadi kepada seorang pemuda yang berpakaian sepertinya. Lamin duduk bersila tidak jauh darinya. "Buruk benar bunyinya irama gong yang kaumainkan. Sakit telinga aku. Kau seharusnya menjiwainya dengan sepenuh perasaan. ..." Lamin yang sedang memalu gong `sansaring'nya begitu tersinggung. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kejeron MSr | ghairah, tak sabar-sabar, beria-ia benar (melakukan sesuatu). | Seingatnya juga, Bidin tidak bertanya satu apa pun petang itu. Tetapi dia yang kejeron hendak memberi tahu keputusan Esah. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jupit, *lupit* Ib, MSr | hitungan hari selepas tulat. | Rentap sedar benar keriuhan itu pasti berlarutan hingga ke pagi esok, petang dan malam esoknya. Mungkin berlarutan ke lusa dan jupit. Tentu ramai yang mericau tidak ketentuan. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |