langkau MSr | jenama kepada air tapai suling. | Petang itu, Josika sudah mula berasa sesuatu yang tidak kena akan berlaku. Sesuatu yang jahat, yang tidak disukainya. Bapa mentuanya membeli tujuh puluh botol langkau. Seribu orang pun yang datang akan terhuyung-hayang semuanya. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
batu pencelap, *batu penchelap* Ib | batu yg dipercayai boleh mengekalkan kesihatan dan tolak bala. | Setelah mengadakan upacara seperti ini dan orang yang berkenaan masih berasa kurang yakin atau masih berasa risau, upacara yang dipanggil makai burung boleh juga diadakan. Orang yang mahir dalam upacara ini perlu diundang. Dia akan seterusnya mengusap badan orang yang terkena ‘burung’ seperti ini dengan batu pencelap untuk menghindarkan perkara-perkara yang tidak baik menimpa orang itu.? | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bengkeng MSr | degil. | Dalam banyak perkara yang kufikir-fikirkan, sejak Jasi mula bengkeng inilah aku berasa semakin teruk. Kerja dapur memang tidak pernah ditolong orang. Kerjaku di luar rumah tidak pernah berkurangan. | Jagung Pulut Pusaka Moyang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
singkol MSr | kekok, rasa canggung. | Aaaa.... ! Dia agak ragu-ragu hendak mengatakan hasrat awalnya. Ketika menatap wajah Kamalina, dia tidak mengelipkan mata sedang Kamalina berasa begitu singkol dengan orang yang merenungnya begitu. Syam sendiri tidak pernah berbuat begitu terhadapnya. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pulai Ib | pulang. | Ke mana perginya apaimu, Icut? Ndak pulai-pulai lagi. Umbai berasa semakin resah. Kepulangan lakinya mula diragukannya. Entah pulang entah tidak lakinya itu. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |