minyak sakang Kn, MSr | sejenis minyak yang dijampi dan digunakan untuk menjadikan seseorang sakit atau gila apabila terkena padanya. | Umbai tidak kira, kalau lakinya yang memberi malu, lakinya itu akan dibunuh. Kalau tidak berjaya dengan parang atau senapang, dia akan cari minyak sakang. Akhirnya lakinya itu akan mati juga. Manusia yang tidak berguna hidup harus mati. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ajan MSb | meneran. | Tidak lama dari itu aku kepingin nak ajan. Kuajan sekuat tenagaku. Aku berjaya dalam pertarungan. | Saat Melahirkan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tuwa Ib | jin atau semangat yang menolong seseorang untuk berjaya. | Kalau keturunannya kemudian hari ada berkahwin dengan orang dari tempat yang jauh, mereka ini mesti bederian, bejamban dan juga bepanti kerana takutkan tuwa tidak mahu ikut sama ke tempat yang baru. Ini mencontohi adat yang digubalnya sendiri semasa dia berkahwin dengan Gupi. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |