cuncun, *cun-cun* MSr | tepat, padan, sesuai (ukuran, sasaran). | Kalau semuanya sudah selamat dipunggah ke gudang Ah Guan nanti, dapatlah wang enam ringgit cuncun; tidak lebih dan tidak kurang. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lanjik Ib | bekas daripada anyaman rotan yang digunakan untuk menyimpan atau membawa padi. Ketinggiannya lebih kurang tiga atau empat kaki dan mempunyai empat batang tiang kecil. Permukaannya berbentuk bulat manakala bahagian bawahnya berbentuk empat segi. | Dikeluarkan padi itu dari lanjik di ruai Jeragan dan Manan, ruai itu pun penuh. Sudah tiga buah ruai penuh dengan padi. Begitu juga apabila padi pulut dikeluarkan dan diletakkan di atas tikar, dua buah ruai yang lain juga dipenuhi padi pulut itu. Gembiralah Ensiring kerana pada sangkaannya padi itu memang tidak cukup dimakan sepanjang tahun, kerana kelihatan sedikit dalam lanjik. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
batu pencelap, *batu penchelap* Ib | batu yg dipercayai boleh mengekalkan kesihatan dan tolak bala. | Setelah mengadakan upacara seperti ini dan orang yang berkenaan masih berasa kurang yakin atau masih berasa risau, upacara yang dipanggil makai burung boleh juga diadakan. Orang yang mahir dalam upacara ini perlu diundang. Dia akan seterusnya mengusap badan orang yang terkena ‘burung’ seperti ini dengan batu pencelap untuk menghindarkan perkara-perkara yang tidak baik menimpa orang itu.? | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
magunatip Kd | sejenis tarian yang popular di kalangan suku kaum Dusun Gana. Ia ditarikan dengan iringan pukulan gong oleh sepasang penari (lelaki & perempuan) yang memakai pakaian tradisi. Tarian ini adalah suatu upacara rasmi semasa majlis makan malam orang kenamaan bagi suku kaum tersebut. | Bingung pada irama muzik yang kurang mantap yang sedang dimainkan. Bingung pada pemain alat-alat muzik `magunatip' yang tidak bersefahaman. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |