pedera Ib | sejenis penyakit; pesakit akan merasa sakit kepala dan mual. Menurut kepercayaan masyarakat Iban, penyakit ini akibat teguran daripada roh orang yang sudah meninggal. | “Mungkin sakit pedera. Mari, saya cuba sembuhkan,” kata Kemuja. “Sakit pedera tidak seperti ini selama... Wak... wak... wak!” Madu terasa hendak muntah. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
buyut Kd Km | tanah lumpur membusut (busut ketam) yang biasanya menjadi tempat pemujaan apabila seseorang jatuh sakit. | Tidak, kata orang lain, "Bibi gila." Tiba-tiba kegemparan berlaku lagi. Ribut tiba-tiba melanda dan menggegarkan pokok-pokok di sekitaran buyut itu. Dan, mereka pun terpaksa berpatah balik. Sekali gus membatalkan rancangan mencari Bibi, ketika itu. | Nur Etika | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ampal Kd KB | roh jahat. | 1. Ampal atau Tompal – Kerjanya memakan orang sakit dan juga mayat orang yang baru mati. Dia tidak boleh menyeberangi air, tempat tinggal di bawah rumah orang sakit dan di kuburan orang baru mati. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tompal Kd KB | sejenis roh jahat. | 1. Ampal atau Tompal – Kerjanya memakan orang sakit dan juga mayat orang yang baru mati. Dia tidak boleh menyeberangi air, tempat tinggal di bawah rumah orang sakit dan di kuburan orang baru mati. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
alah ayu Ib | lemah semangat atau jatuh sakit akibat melanggar pantang larang. Contohnya, seorang yang hanya biasa mengukir kayu biasa untuk membuat keranda tetapi telah mengukir kayu belian yang hanya layak diukir oleh pengukir tertentu sahaja akan ditimpa sakit atau lemah semangat. | Oleh kerana dia menantu Bedaang dia tidak panjang umur. Inilah juga yang menyebabkan seseorang menantu pantang minum jalong atau garong. Orang Iban tidak berani melanggar pantang ini kerana takut alah ayu atau tidak panjang umur. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
minyak sakang Kn, MSr | sejenis minyak yang dijampi dan digunakan untuk menjadikan seseorang sakit atau gila apabila terkena padanya. | Umbai tidak kira, kalau lakinya yang memberi malu, lakinya itu akan dibunuh. Kalau tidak berjaya dengan parang atau senapang, dia akan cari minyak sakang. Akhirnya lakinya itu akan mati juga. Manusia yang tidak berguna hidup harus mati. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sansaring Kd, Tb | sejenis canang yang mengeluarkan suara yang nyaring seperti canang cina. | Lamin ..., tegur Sadi kepada seorang pemuda yang berpakaian sepertinya. Lamin duduk bersila tidak jauh darinya. "Buruk benar bunyinya irama gong yang kaumainkan. Sakit telinga aku. Kau seharusnya menjiwainya dengan sepenuh perasaan. ..." Lamin yang sedang memalu gong `sansaring'nya begitu tersinggung. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
racun sekejap Tb | sejenis racun berbisa yang digunakan dalam tempoh masa yang singkat seperti dua atau tiga hari. | Sakit yang dideritai oleh Apu ini juga adalah ekoran daripada racun yang pernah diberikan kepadanya oleh seorang manusia yang berhati binatang. Waktu itu Apu sengaja dijemput ke rumah orang kenduri. Tuhan amat berkuasa. Apu tidak mati, walaupun racun itu adalah racun yang paling berbisa. Kononnya racun itu memang terkenal dengan nama racun sekejap. Racun jenis itu boleh membawa maut kerana boleh menghancurkan jantung si mangsa dalam masa yang singkat. | Pulut Kuning Daging Rendang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
burung berua Ib | keadaan burung yang berbuai di atas akar-akar yang berjuntai semasa seseorang sedang berhuma. Suatu petanda tidak baik iaitu akan ditimpa kesakitan sama ada dia sendiri ataupun salah seorang ahli keluarganya. | Semasa seseorang sedang berhuma dan dia nampak burung berua di atas akar-akar yang berjuntai, ini tidak baik. Ini menunjukkan tali ayun manang semasa upacara belian untuk dia sendiri ataupun salah seorang ahli keluarganya yang sakit. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |