burung berua Ib | keadaan burung yang berbuai di atas akar-akar yang berjuntai semasa seseorang sedang berhuma. Suatu petanda tidak baik iaitu akan ditimpa kesakitan sama ada dia sendiri ataupun salah seorang ahli keluarganya. | Semasa seseorang sedang berhuma dan dia nampak burung berua di atas akar-akar yang berjuntai, ini tidak baik. Ini menunjukkan tali ayun manang semasa upacara belian untuk dia sendiri ataupun salah seorang ahli keluarganya yang sakit. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
beru Ib | perangai atau tingkah laku yang sangat tidak senonoh; buruk perangai. | Dalam hal itu memang bini Seman satu sen pun tidak guna, tetapi Pak Dollah tidak dapat mengatakan apa-apa. Bini Seman orang kesayangan Peot sendiri. Peot adalah bininya. Dalam banyak keadaan salah atau macam beru pun bini Seman, baik juga kata Peot. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bombon Kd KB | penanda kawasan larangan. | Merosakkan dengan sengaja tanda kepercayaan orang seperti tonduk sogindai atau bombon adalah salah dan boleh didenda adat seperti berikut: (a) Merosakkan tanda-tanda yang dianggap berat tidak lebih daripada seekor kerbau indung. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
linapon Mr | kerbau yang disembelih pada hari perkahwinan yang dipercayai boleh menolak bala atau membuang sial. Bagi suku kaum Murut ia adalah salah satu hantaran perkahwinan, manakala bagi suku kaum Dusun pula ia tidak termasuk hantaran perkahwinan tetapi wajib dilaksanakan untuk tujuan di atas. | Selain daripada menyembelih kerbau linapon yang disembelih untuk hidangan di majlis keramaian itu. Paha kerbau yang menjadi bintang diuntukkan kepada ayah Paring. Itulah keperluan adat bintas dalam masyarakat mereka. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |