Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Ribut turun bersama angin,
     Kapal belayar menuju seberang;
Sudah kucuba kawan yang lain,
     Tidak sama sahabat seorang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Sepasin dapat bersiang.

Bermaksud :

Mendapat untung dengan tidak disengajakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mendapat badar tertimbakan).

 

Lihat selanjutnya...(31)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
ngasuk Ib, MSrmemburu bersama-sama anjing.Tidak pernah kudengar orang membela orang yang lain dengan senapang. Senapang hanya untuk berburu atau ngasuk, bukan untuk mengancam manusia.Novel NgoncongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
labang beruang, *laba beruang* Ibmembawa petanda atau alamat baik.Kalau kita nampak beruang semasa pergi ke huma, ini juga tidak baik. Maksudnya sama dengan burung atau binatang lain yang membawa nasib yang tidak baik. Tetapi kalau kita nampak ia datang menuju kita dari hadapan, ini baik kerana ia menghantar tuah yang dipanggil burung labang beruang kepada kita.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bedurok, *durok* Ib, MSr1.  berderau (saling bantu antara satu sama lain). 2. kerja-kerja gotong-royong yang harus dibalas balik dengan gotong-royong.Benar, dia tidak perlu bersama apai meminta bantuan dari Kampung Lempaong untuk bedurok membuka hutan, menebang pokok simpuh, semayur, tapang, perupuk dan geronggang, mencantas pula pohon beringin, simpur, rengas, geran dan sisik naga, menebas akar sekuntut, entiba, sarang naga, tapak kuda dan getih.Antologi Cerpen Bunga RimbaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sidak Ib, MSrmereka, dia (biasanya untuk merujuk kepada bilangan yang ramai), suatu panggilan yang hormat tanpa menyebut nama).Apalah nasib kita ni sidak, ada anak, tak sama dengan anak orang lain. Kenapalah Tuhan mengurniakan kita seekor ikan buntal yang tidak boleh berkata apa-apa melainkan berenang-renang di dalam tempayan! keluh Pak Kaduk akan nasib mereka itu.Novel Dayang Merah LidiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tinubou, *tinubau* Irsejenis tarian tradisional suku kaum Iranun, Ia ditarikan dengan cara seorang berlari sambil menari dan membawa sapu tangan kemudian melemparkannya ke arah orang yang lain, seterusnya orang tersebut bangun dan mengulangi perbuatan yang sama.Puyut yang pernah dikibarkan kepada Jamjin di majlis tarian tinubou, di kampungnya dulu, tidak ada lagi dapat menenangkan jiwanya. Tidak seperti waktu Jamjin kibaran puyut daripadanya dulu.SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sampok, *sampuk* Ibanai-anai.Semasa berhuma, kalau batu yang digunakan untuk mengasah di huma dibaluti sarang semut jenis sampok (anai-anai), ini petanda baik. Tetapi kalau batu itu tidak habis dibalutinya, ini tidak baik. Batu huma yang dibaluti semut jenis lain juga sama dengan maksud yang dibawa oleh semut jenis sampok ini.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas