walai goronai Tb | rumah kecil yang dibina untuk digunakan sebagai tempat penyediaan barang persembahan kepada makhluk halus. | Ugang akur. Kerja begitu, sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kampungnya. Kelengkapan sudah siap dalam satu talam. Kemudian diletakkan di atas walai goronai. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kempang Ib, MSr | tergamak, sampai hati, sadis, tega. | Sibot hanya menggeleng-gelengkan kepala. Dia sudah tidak kempang melihat muka bapanya yang kebingungan itu lalu dengan cepat dia berpaling ke tempat lain. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
puyut Bj | sapu tangan. | Apabila bersendirian, Rohayu akan selalu mengeluarkan puyut yang tersembunyi di dalam almari pakaiannya. Puyut tenunan tangannya itu sudah tidak seindah dulu lagi. Malah sejak puyut itu dikembalikan kepadanya, sesuatu yang ada dalam dirinya turut mati. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gimbaran MSb | makhluk halus yang menjadi orang suruhan atau pembantu bomoh. | Odu Launai sudah mendapat khabar dari gimbarannya bahawa Bogoi diganggu oleh gimbarannya sendiri. Gimbarannya sudah lama tidak disajikan, tidak dijamu. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
angkat dara MSr | akil baligh bagi kanak-kanak perempuan. | Pak Bidin lebih berat hendak memikirkan anaknya yang kedua, yang sudah angkat dara sejak sekian lama. Kalau apa-apa berlaku kepada anaknya itu, dan sebelumnya dia menyelak tepi kain orang, kelak akan dijuihi bibir oleh orang lain pula, menyesal tidak sudah jadinya. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
badung Bj Sm, Ir, Tb | sejenis senjata seperti parang. | Mak Ining tidak boleh duduk diam lagi. Lebih gamat lagi apabila dia mendengar Turagai sudah berhari-hari mengasah badung pusaka ayahnya. Mata badung itu sudah berkilat. Ramai yang beranggapan, Turagai sekarang sudah dirasuk syaitan. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jukut Sk | sesuatu (tidak mahu menyebut nama sebenarnya kerana kepercayaan tertentu seperti dalam budaya Melayu harimau disebut sang belang, buaya disebut sang rangkak tetapi dalam budaya masyarakat ini semua benda yang tidak mahu disebut nama sebenarnya disebut jukut); hantu atau makhluk halus, sesuatu. | Masuklah, kalau kaumahu. Kalau kausudah Kristian, siapa nak apa-apakan padi kita kalau diserang jukut. Josika mendongak ke langit yang tidak begitu cerah. Aku sudah tidak cekap lagi. Sudah tua. Aku berharap kepada kamu. Terpinga-pinga Josika buat seketika. | Novel Ngoncong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
punsuan Tb | busut yang dijadikan sebagai tempat memanggil semangat padi. | Memang. Sebetulnya sudah kuduga, pak cik. Dia memang tidak setuju dengan rancangan ini. Dia mahu kita lakukan cara dulu. Cara kita yang mesti ada punsuan linamin dan sebagainya. Bukankah itu sudah ketinggalan zaman? | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
linamin Tb | tempat khas untuk menyimpan padi yang dituai, kepuk padi. | Memang. Sebetulnya sudah kuduga, pakcik. Dia memang tidak setuju dengan rancangan ini. Dia mahu kita lakukan cara dulu. Cara kita yang mesti ada punsuan linamin dan sebagainya. Bukankah itu sudah ketinggalan zaman? | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
baat Tb | tiang yang digunakan sebagai penanda sempadan tanah. | Dahulu ketua kampung sudah berikan keputusan. Tidak dibenarkan sesiapa antara Lumbai dan Diah melanggar sempadan yang telah ditetapkan. Ketua kampung sendiri yang memacak baat di antara sempadan yang telah dipersetujui. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |