kapar Ib | timbunan sesuatu. | Jengkuan meneruskan perjalanannya dan sampai ke sebuah sungai karangan batu pirak tempat kapar tulang berselerak. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
auk Ib, MSr | ya. | Auk! Auk! Kocon menyahut agak sejurus kemudian, dengan suaranya yang digerenek-gerenek, seolah-olah mempersenda perintah nenek. | Novel Mutiara Dalam Timbunan Pasir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kutieng Bd | sejenis burung ketilang. | Hujan masih turun. Bunyi burung kutieng masih juga kedengaran, sayup-sayup. Malam itu seisi rumah Panol gempar. | Novel Mutiara Dalam Timbunan Pasir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tuaija MSr | mengada-ngada, memandai-mandai. | Pandai mengajar orang tua. Baru darjah dua sudah tuaija nak mengajar orang tua. Engkau tak fahamkah? Aku bukan ada duit. | Novel Mutiara Dalam Timbunan Pasir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sokap Bd | kayu bercabang dua yang digunakan untuk membuat lastik. | Dulu semasa kanak-kanak, senduduk seperti ini paling digemarinya. Dahan-dahannya boleh dibuat sokap untuk lastik burung. | Novel Mutiara Dalam Timbunan Pasir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bokah Bd | sejenis tumbuhan menjalar dan melilit. Ia digunakan untuk membuat tali. | Batang kayu itu sudah dikelilingi oleh lalang dan anak-anak bokah yang tumbuh meliar. Anak-anak bokah itu ada pula yang sudah menjalar dan melilit ke atas. | Novel Mutiara Dalam Timbunan Pasir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
silipi, *selipik* Ib | sejenis bekas kecil daripada anyaman bemban digunakan untuk menyimpan barang-barang kecil. | Pujo mencapai silipi kecil yang dibawanya tadi. Dari dalam bekas itu dikeluarkannya seutas tali berwarna hitam sepanjang kira-kira lapan inci dengan dua biji taring babi hutan terikat padanya. | Novel Mutiara Dalam Timbunan Pasir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |