Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok menjalar), mentimun, Cucumis sativus; ~ cina tembikai; bagai ~ dendang, di luar merah di dlm pahit prb mulut manis hati busuk; ® mentimun I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan yg menjalar atau buahnya (buahnya biasanya dibuat acar atau ulam); men­timun, Cucumis sativus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata timun

Puisi
 

Timun dendang di pintu kandang,
     Batang bayam saya paiskan;
Rindu siang bawa bertandang,
     Rindu malam saya tangiskan.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Macam timun dengan durian: menggelek luka,
     kena gelek pun luka.

Bermaksud :

Perlawanan yang tidak seimbang (orang kecil melawan orang yang berkuasa).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sangop MSbtimun kuning.Oyong tentunya akan berasa gembira diajak ke tagad sekali lagi kerana sangop dan batad yang benihnya ditabur semasa mangasok dulu, kini sudah boleh dimakan.‘Songgorib’Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas