Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ting.gi] | تيڠݢي

Definisi : 1. besar jaraknya di bahagian bawah (tapaknya), jauh ke atas (di atas), lwn rendah: bangunan tersebut dibina di suatu tempat yg ~; kapal terbang pengebom jenis ini dapat terbang ~; dataran (tanah) ~ dataran (tanah) yg permukaannya jauh ke atas dr permukaan laut; 2. panjang (bkn bangun tubuh dll), lwn pendek: Hasan ~ orangnya; ~ pokok itu 20 kaki; 3. hampir sampai ke tempat yg di atas sekali; matahari telah ~ sudah hampir setengah hari; 4. luhur, mulia: kami berdoa agar tercapai cita-citanya yg ~; budi pekerti yg ~; 5. peringkat atau tingkat atas (bkn pangkat, taraf, dll), sangat baik (mutu dll): mahkamah ~; jawatan ~; martabat ~; sekolah ~; barang-barang bermutu ~; 6. sudah lanjut (umur); usia ~ sudah tua; 7. mahal (harga dll), besar (perbelanjaan dll): pd masa harga getah ~ dahulu rakyat hidup mewah; sara hidup di Eropah lebih ~ drpd di Asia; 8. sudah maju (kecerdasan, tamadun, dll), berada pd tingkatan atas (pelajaran, penge­tahuan, dll): bertamadun ~; seni yg ~; 9. angkuh, besar diri, sombong: cakapnya selalu ~; hidung ~ ki bongkak, sombong; 10. halus dan keras (suara), muluk, nyaring: lagu yg ~ hendaklah dinyanyikan dgn suara yg ~ ~ hari hampir tengah hari; ~ hati megah, sombong; ~ rezeki tidak mudah mendapat rezeki; ~ disusupi, rendah dilangkahi = ~ disigai, besar ditebang prb dicari (disiasat) sehabis upaya; ~ kelepur, rendah tikam = ~ gelepur, rendah laga prb banyak cakap tetapi tidak ada buktinya; ~ lawak-lawak prb perihal hidup melampaui kemampuannya (kuasa­nya); awak rendah sangkutan ~ prb besar belanja drpd pendapatan; hendak ~ terlalu jatuh, hendak panjang terlalu patah prb orang yg hendak terlalu meninggikan dirinya jatuh (kecewa) juga akhirnya; (yg) ~ tampak jauh, yg dekat julung bersua prb pemimpin yg bertanggungjawab (yg mendapat pujian dan celaan); meninggi 1. menjadi tinggi, naik tinggi ke atas: pokok itu tumbuh membesar dan ~ dr sehari ke sehari; 2. menjadi kuat dan nyaring (suara), muluk (suara): suara orang mengaji semakin ~; 3. angkuh, sombong: cakapnya ~ sahaja; 4. menghampiri atau hampir berada pd waktu tengah hari: hari semakin ~; ~ hari tinggi hari; setinggi 1. (hingga) sama tinggi, mencapai tinggi: air di kawasan rumah pengantin lelaki naik ~ 0.6 meter; pembangunan itu mengan-dungi sebuah bangunan pejabat ~ 28 tingkat; 2. seberapa tinggi: mereka dikatakan lebih berminat utk mendapatkan tawaran gaji ~ yg boleh; memang saya mahu mencipta nama ~ yg mungkin; setinggi-tinggi 1. seberapa banyak yg mung-kin, tidak terhingga banyaknya, se­banyak-banyaknya: baginda mengucap­kan ~ terima kasih kpd sekalian rakyat; beliau juga mengucapkan ~ tahniah dan peng­hargaan atas kejayaan sahabatnya itu; 2. seberapa tinggi yg mungkin, paling tinggi: ~ terbang bangau, hinggap ke bubungan juga; meninggikan 1. menjadikan tinggi, menam-bahkan (mutu dll): bangunan itu telah di-tinggikan lagi dua tingkat; kerajaan sedang berikhtiar ~ taraf pendidikan dan ekonomi rakyat; 2. mengangkat (menyan­jung) menjadi tinggi; ~ diri membesarkan diri; 3. mengeraskan atau menguatkan (suara); mempertinggi menjadikan lebih tinggi; ~ tempat jatuh, memperdalam tempat kena prb sengaja membesar-besarkan kesalahan sendiri sehingga mendapat hukuman (kerugi­an) yg lebih berat; ketinggian 1. perihal tinggi, taraf (keadaan dsb) yg tinggi: pendidikan dapat membawa kpd kejayaan dan ~ kedudukan seseorang dlm masyarakat; sastera yg mengagungkan ~ budi; 2. (tempat dll) yg lebih tinggi duduk­nya (letaknya): peti yg berisi jenazah itu di-letakkan di tempat yg agak ~ di tengah aula; 3. terlalu tinggi: dahan itu tidak dapat dicapai-nya kerana ~; peninggian perihal meninggikan, penam­bahan (mutu, pendapatan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ting.gi] | تيڠݢي

Definisi : 1 jauh jaraknya dr bawah ke atas; lw rendah: Hotel itu sangat ~. dataran ~ dataran yg permukaannya jauh dr permukaan laut. 2 panjang (ttg bangun tubuh); lw rendah: Suaminya lebih ~ drpdnya. 3 peringkat atas (ttg pangkat, taraf dll); sangat baik (mutunya dll): jawatan ~; Mutunya ~. 4 mulia: ~ cita-citanya. 5 mahal (ttg barang); besar (ttg perbelanjaan): Harga beras sangat ~ sekarang. 6 berada pd peringkat yg atas; sudah maju: Pengetahuannya ~. ~ hari hampir tengah hari. ~ hati sombong. ~ usia sudah tua; sudah lan­jut umurnya. meninggi 1 menjadi tinggi; naik tinggi. 2 menjadi kuat dan nyaring (ttg suara). 3 sombong: Cakapnya ~ saja. ~ hari menjadi ham­pir tengah hari. meninggikan 1 menjadikan tinggi; menaikkan: Ia ~ harga gula di kedainya. 2 mengangkat atau menyanjung menjadi tinggi. mem­pertinggi menjadikan lebih tinggi: Ia belajar bersungguh-sungguh utk ~ ilmu pengetahuannya. ketinggian 1 keadaan atau hal tinggi. 2 tempat yg tinggi. peninggian perbuatan atau hal meninggikan; peningkatan (mutu dsb); penambahan (pendapatan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tinggi (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai,
Berantonim dengan pendek

2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung,
Berantonim dengan hina

3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,

4. Dalam konteks suara
bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras,
Berantonim dengan rendah

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik,
Berantonim dengan rendah

Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian,

Puisi
 

Rumput tinggi tepi hutan,
     Bintang timur tinggi melambung;
Minta rezeki besar lautan,
     Minta umur tinggi gunung.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Tinggi terbawa oleh ruasnya.

Bermaksud :

Orang yang tubuhnya saja besar, tetapi masih bodoh.

 

Lihat selanjutnya...(90)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
jeraul MSrpenyangak, kelakuan nakal.Celaka! Jeraul tua! Gatal! Seranah Lumai tersembul dalam hati. Dan kalau diikutkan kebencian hatinya, mahu saja dia menyinsingkan kainnya tinggi-tinggi, dan punggungnya yang telanjang ditonggengkan ke arah Tuai Rumah yang tak padan dengan rupa dan gaya itu. Biar si jeraul tua itu puas menatap apa yang ingin ditatapnya.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tekaran Ibsejenis bekas yang tinggi serta bertiang di keempat-empat sudutnya dan diperbuat daripada anyaman rotan untuk mengangkut padi, saiznya lebih kecil sedikit daripada lanji.Ada di antara mereka juga berkelahi dengan Duat Simpungga atau Bujang Simputang Medang kerana berebut batu punggung kerengga iaitu satu azimat lama sebesar bakul tekaran.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
empasan Ibsejenis rumput yang tinggi; daun tajam dan batang berbentuk segi tiga.Dibantunnya pucuk empasan dan diselitkan pada lipatan kain penutup kepalanya.Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sergiu Ibsejenis tajau yang bernilai tinggi, ia biasanya diimport dari negeri China.Jenis-jenis tajau ini ialah seperti rusa, menaga, ningka, betanda, sergiu dan guci. Tajau yang lebih kecil seperti irun, panding dan jabir juga dibeli tetapi tajau-tajau ini tidaklah sepenting tajau-tajau lain.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ningka Ibsejenis tajau yang bernilai tinggi.Jenis-jenis tajau ini ialah seperti rusa, menaga, ningka, betanda, sergiu dan guci. Tajau yang lebih kecil seperti irun, panding dan jabir juga dibeli tetapi tajau-tajau ini tidaklah sepenting tajau-tajau lain.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
monggok, *munggu* Ibkawasan yang sedikit tinggi di tanah rata.Tercatuk di atas monggok tanah paya bakau, Anjang Husin mengesat-ngesat peluh yang mercik di dahinya.Antologi Cerpen HatiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
betanda Ibsejenis tempayan seramik yang bernilai tinggi. Ia menunjukkan status kepada pemiliknya.Jenis-jenis tajau ini ialah seperti rusa, menaga, ningka, betanda, sergiu dan guci. Tajau yang lebih kecil seperti irun, panding dan jabir juga dibeli tetapi tajau-tajau ini tidaklah sepenting tajau-tajau lain.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tajau binukul Mrsejenis tempayan, bersaiz besar, sederhana tinggi, ada yang berwarna kehitam-hitaman.Err mereka mau tajau tiluan empat buah, jelas ibunya teragak-agak. "Tajau binukul pula, enam buah. Dan tajau balayung, tajau malalair, masing-masing lima buah.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pola Bdsejenis pokok liar; batangnya lurus dan tinggi dan kayunya berbau harum.Dia bergegas menuruni tangga batang kayu pola sebesar paha dan setinggi kira-kira lapan kaki.Menganyam KedukaanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
asam membangan, *asam embang* Ib, MSrsejenis pokok tinggi, berdaun besar dan lebar (pucuk muda boleh dibuat ulam). Buahnya bulat berwarna kuning dan boleh dimakan. Bijinya dibakar sebelum dimakan.Kalau musim buah, sambal asam membangan dan gulai pucuk ubi masak lemak lagi hebat, fikirnya. Liau Tangah sendawa. Dia melunjurkan kakinya sambil bersandar pada dinding.Antologi Cerpen HatiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
123

Kembali ke atas