tok MSr | ini. | Kau mahu makan ayam tok? tanyanya. | Novel Dayang Merah Lidi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kitak Ib, MSr | ganti nama kedua (jamak). | Mun anak tok pande kelak, muak juak kitak," tegas ibuku. Ibuku memang kuat meleter ayahku. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
maginasi Mr Ps | upacara pemujaan semangat tengkorak manusia yang mati dibunuh. | Upacara maginasi ini diketuai oleh Tok Lair iaitu seorang tua yang disegani dan dihormati di perkampungan itu di mana ia akan menyelenggarakan upacara pemujaan terhadap semangat dan roh si mati itu sesuai dengan kehendak upacara tersebut supaya roh atau semangat tersebut tidak akan mengganggu penduduk-penduduk di situ. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
betitik Bj | sejenis irama muzik tradisional masyarakat Bajau Sama yang menggunakan peralatan bunyi-bunyian seperti gong, gendang, bebandil dan kulintangan. | “Nukung, apa kata kita cadangkan kepada Tok untuk mengadakan majlis betitik dan kalang sama untuk menghiburkan dan menghilangkan ketegangan penduduk Desa Selengkutai.” | Nembiluk | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
selepak Ml | pasu kecil yang diperbuat daripada tanah liat dan berwarna kehitam-hitaman. Ia digunakan sebagai tempat menyimpan minyak atau ramuan berubat. | Yang menjadi tumpuan ialah selepak-selepak tok nenek moyang. Cuma dia mengerjakan kerja itu apabila ada kematian. Dari situlah dia mengambil kesempatan mengambil dua tiga selepak. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |